Drama adaptasi novel Jodohku Babysitter karya Nureen Ahmad akan mula ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria. Drama Jodohku Babysitter yang diarahkan oleh Hadith Omar, dibintangi Aliff Aziz, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah dan ramai lagi.
Jodohku Babysitter
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 6 Julai 2022
Waktu Siaran: Isnin–Khamis, 10 malam
Rangkaian: MegaDrama Astro Ria
Penulis Skrip: Panel Kotak Cerita
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: Juita Viden Sdn Bhd
Pelakon: Aliff Aziz, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shahora, Natasha Nazira, Isaac Iman, Nina Juren, Sharifah Shahora, Kim Fuzakawa, Sharifah Fathimah Hawra, Rahman Hamid, PS Mansur
Watak Pelakon
Aliff Aziz sebagai Adam Farhan
Intan Najuwa sebagai Adelia Faranisa
Yuna Rahim sebagai Atikah
Ellyas Abdullah sebagai Amri
Aleza Shadan sebagai Puan Sri Kirana
Isaac Iman sebagai Adib
Natasha Nazira sebagai Airisya
Lagu OST
Tetap Disini - Bella Astillah & Aliff Aziz
Sinopsis Jodohku Babysitter
Kisah tentang Adam duda anak tiga setelah bercerai dengan bekas isterinya, Ika yang curang dengan kawan baik Adam iaitu Amri. Sedih dan sakit hati dengan bekas isterinya, Adam bercadang tidak jatuh cinta lagi dengan perempuan lain tetapi kehadiran Adel yang menjadi pengasuh kepada anak-anaknya telah merawat luka dihati Adam dan anak-anaknya.
Cinta pandang pertama? Karut!
Bagi Adam untuk jatuh cinta buat kali kedua itu sangat mustahil. Namun, tak siapa menduga, Adam akan terpaut hati pada babysitter anak-anaknya sendiri. Babysitter tomboy pula tu. Limited editoin!
"Walaweh, ni rumah ke zoo?" - Adel
"What? Zoo? Amboi baru mula kerja dah nak membawang?" - Adam
Adel benci bila sering dibuli oleh Adam. Hendak melawan lebih-lebih, bimbang dipecat pula. Penat sudah untuk dia bertukar ganti kerja. Akhirnya, Adel terpaksa merelakan saja sikap sewel Adam itu.
"Garangnya bibik. awak tertelan sarang terbuan ke apa ni? Marah sangat." - Adam
"Encik ni memanglah, wayar putus." - Adel
Kuasa Allah tiada siapa dapat menyangkal. Daripada perasaan benci, kini perasaan itu berbalik menjadi cinta. Dalam mereka menghintung hari untuk disatukan, Adel mula curiga dengan perubahan Adam. Namun, Adam pantas memujuk. Membuatkan hati Adel kembali sejuk.
Mahligai yang terbina, awalnya sangat membahagiakan. Sehinggalah 'satu rahsia' yang menjadi tanda tanya dan titik permulaan curiga Adel terhadap Adam.