Drama Misi Anak Bulan (TV9)

Misi Anak Bulan

Mini siri komedi Misi Anak Bulan akan disiarkan pada raya ke-3 hingga raya ke-8 pukul 6 petang di tv9.

Misi Anak Bulan

Tarikh Tayangan: 2022
Episod: 5
Tarikh Tayangan: 4-8 Mei 2022
Waktu Siaran: Rabu-Ahad, 6:00 petang
Rangkaian: TV9
Skrip: Azal Ezreen
Pengarah: Haris Kadir
Produksi: Cinema Stage Production
Pelakon: Datin Paduka Eina Azman, Haziq Cilik, Nina Fazurina, Ezad Lazim, Syed Ali, Natasha Elyzza, Idris, Aiman Abdul, Ali Aiman, Nur Dania Miazara

Watak Pelakon
Aiman Badrul sebagai Aiman
Eina Azman sebagai Wani
Syed Ali sebagai Bakar
Nina Fazurina sebagai Juriah
Ali Aiman sebagai Fikri
Ezad Lazim sebagai Rosli

Sinopsis Misi Anak Bulan

Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak iaitu Aiman, yang terpaksa mengikuti ibunya Wani seorang jururawat yang telah dinaikkan pangkat dan diarahkan berpindah ke klinik kesihatan di kampung. Aiman pada mulanya tidak suka tinggal di kampung mula berubah hati apabila beliau melihat sekumpulan kanak-kanak bermain berdekatan rumahnya. Pada mulanya mereka agak berat hati untuk berkawan dengan orang baharu seperti Aiman, tetapi setelah Aiman memberitahu mereka yang Aiman memiliki sebuah teropong yang boleh melihat anak bulan, mereka semua amat teruja dan mahu berkawan dengannya. Ini adalah kerana mereka ada terdengar perbualan dari penduduk kampung yang jikalau hendak raya, perlu pastikan anak bulan muncul dahulu. 
Misi Anak Bulan