Drama Kami Budak Band (TV3)

Kami Budak Band

Nantikan drama Kami Budak Band bakal mengisi slot Lestary TV3. Drama bersiri 13 episod terbitan Suhan Movies & Trading, diarahkan oleh Helmi Yusof. Menampilkan pelakon Ezzrin Loy, Kucaimarz, Ariff Bahran dan ramai lagi. Kami Budak Band bersiaran bermula 18 Februari 2023, pada setiap Rabu hingga Sabtu pukul 9.00 malam di TV3 atau strim di tonton.com.my

Kami Budak Band

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 18 Februari 2023
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9 malam
Rangkaian: Lestary TV3
Skrip: Azril Hamzah, Amin Shakib, Amar Amir
Pengarah: Helmi Yusof
Produksi: Suhan Movies & Trading
Lagu OST: Sayonara - Ezzrin Loy, Kucaimarz, Ariff Bahran

Watak Pelakon
Ahmad Ezzrin Loy sebagai Aiman
Kucaimarz sebagai Haqiem
Ariff Bahran sebagai Rizal
Didi Astillah sebagai Nina
Qistina Khaled sebagai Rita
Bella Dowanna sebagai Qaseh
Hasnul Rahmat sebagai Razman
Cat Farish sebagai AR Bustam
Mimi Ernida sebagai Amanda
Putri Jannah sebagai Amy
Harissa Adlynn sebagai Anis
Elya Miera sebagai Salwa
Mahat Selamat sebagai Uncle Razak
Nur Hisyam Abu Bakar sebagai Harun
Azlina Md Noor sebagai Raihan
Nor Intan Suria Mat Isa sebagai Sherry

Sinopsis Kami Budak Band

Tiga sahabat, Aiman, Rizal dan Haqiem yang berasal dari kampung yang sama ingin berjuang bagi menggapai mimpi dalam industri muzik. Di sebalik impian yang ingin mereka kecapi, pelbagai halangan dan cabaran yang perlu mereka hadapi.

Aiman (Ezzrin Loy) sering terasa hati apabila dibandingkan oleh ibu bapanya, Encik Harun dan Puan Raihan dengan kejayaan yang telah dicapai oleh abang dan kakaknya. Aiman tidak dapat sokongan daripada kedua-dua ibu bapanya apabila memilih untuk menceburi bidang muzik. Ibu bapanya menganggap Aiman telah membuat keputusan yang salah. Sejak Aiman dituduh mencuri di tempat kerjanya, Aiman telah bertengkar dengan ibu bapanya lalu dia mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-citanya.

Rezal (Ariff Bahran) merupakan seorang yang berbakat menulis puisi dan lirik tetapi seringkali tidak menepati harapan bapanya, Razman yang merupakan seorang guru muzik dan penyanyi rap. Rezal adalah kawan baik kepada Aiman dan mereka berdua bersetuju untuk membawa diri ke Kuala Lumpur untuk melakar nama dalam industri muzik dengan kumpulan ‘Kami Budak Band’.

Haqiem (Kucaimarz) yang juga rakan sekampung mereka, kagum dengan kebolehan yang ada pada Aiman dan Rezal. Haqiem nekad untuk mengajak mereka bergabung membentuk kugiran bersama. Apabila mendapat tahu yang Aiman dan Rezal akan ke Kuala Lumpur, Haqiem bersedia untuk menurut jejak langkah mereka. 

Berjayakah tiga sahabat ini menghadapi segala konflik di ibu kota? Dapatkah mereka mengukir nama ‘Kami Budak Band’ dalam industri muzik tanah air?