Lari Cabi Lari (TV2)

Lari Cabi Lari

Telefilem Lari Cabi Lari lakonan Eric Fuzi, Jasper Supayah, Sri Kumaran dan Syrul Ezwan akan disiarkan di TV2 pada Isnin ini (21 Februari) pukul 9.00 malam.

Lari Cabi Lari

Waktu Siaran: Isnin, 21 Februari 2022, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 - Drama On 2
Skrip: Hadi M Nor
Pengarah: Megat Sharizal
Produksi: Funwerk Studio Sdn Bhd
Pelakon: Eric Fuzi, Jasper Supayah, Syrul Ezwan, Sri Kumaran, Amirul Ilias, Syafiq Aiman, Kween Keela, Hafizee Hatta, Aqil Nahar
 

Sinopsis Lari Cabi Lari

Mengisahkan Ramat atau Cabi sering dibuli dan diejek kerana tubuh badannya yang agak gempal. Dia cuba menyesuaikan diri di kolej dan berkenalan dengan Mariah. Pada suatu hari, Selvan rakan serumah Cabi telah melihat Daniel dan rakan-rakannya membuli Cabi dek kerana dia rapat dengan Mariah. Selvan lantas mencabar Daniel agar berhenti menganggu Cabi sekiranya Cabi dapat melayakkan diri mewakili kolej dalam acara larian 5000 meter.