Drama I Love You Mr Clown (TV3)

I Love You Mr Clown

Drama bersiri 13 episod I Love You Mr Clown diarahkan oleh Amie Maziah, menampilkan lakonan Nabil Aqil dan Yuna Rahim, bakal menemui penonton di TV3 menerusi slot Lestary mulai 27 Januari 2023, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam atau strim di www.tonton.com.my

I Love You Mr Clown

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 27 Januari 2023
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam 
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Skrip: Ramlah Rashid & Jue Kassim
Pengarah: Amie Maziah
Produksi: Arie Zaharie Production

Watak Pelakon
Nabil Aqil sebagai Faris
Yuna Rahim sebagai Nisa
Safwan Nazri sebagai Adan
Putri Hanan Shahidah sebagai Wani
Ameerul Asyraf sebagai Nazlan
Faizul Syaharin sebagai Khalid
Farisha Irwayu sebagai Rogayah
Alif Hadi sebagai Luqman Hakim
Eizlan Yusof sebagai Musa
Aleza Shadan sebagai Katty
Natasha Elyzza sebagai Zerry
Afifah Nasir sebagai Larisya

Sinopsis I Love You Mr Clown

Kisah Fariz (Nabil Aqil) bekerja sambilan sebagai seorang badut program amal yang menghiburkan pengunjung pusat membeli belah bagi mengutip dana persatuan kanak-kanak kanser. 

Nisa (Yuna Rahim) pula seorang gadis yang telah menamatkan pengajian selama 6 bulan dan mula berasa resah apabila semua temuduga yang dihadirinya gagal mendapatkannya kerja tetap di mana-mana syarikat. Nisa ingin berdikari dan mencari kerja di luar perniagaan keluarganya tapi masih tidak berjaya. 

Keresahan Nisa bertambah apabila fobianya terhadap badut semakin teruk. Ia telah mengganggu tidurnya selepas dikejar badut di sebuah pusat membeli belah. 

Tambahan pula, bapa Nisa mempunyai musuh yang hendak membalas dendam kepadanya menerusi Nisa. 

Walau pelbagai insiden terjadi, namun ada seorang badut yang sering berada di tempat kejadian untuk menyelamatkan Nisa. Siapakah gerangan orang tersebut? 

Dapatkah Nisa dan Fariz lari dari insiden yang menghantui mereka ini? Bolehkah Nisa melepaskan dirinya daripada ketakutan akan badut itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa? 

I Love You Mr Clown