Tarik Aku Ke Syurga

Tarik Aku Ke Syurga

Drama Tarik Aku Ke Syurga terbitan Creative Skill Solution diinspirasikan dari novel Tarik Daku Ke Syurga karya Haitun Kamarazaman. Menampilkan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam sebagai pelakon utama. Drama rantaian 28 episod ini diarahkan oleh Malek Rahman bakal menemui penonton di slot Samarinda TV3 bermula 23 Jun 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan ia turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama selepas siaran di TV3. 

Tarik Aku Ke Syurga

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 23 Jun 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 /  iQiyi
Idea & Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Malek Rahman
Produksi: Creative Skill Solution Sdn Bhd

Watak Pelakon 
Zul Ariffin sebagai Zamri
Nelissa Nizam sebagai Zara Adelia
Keith Foo sebagai Shawn
Lisdawati sebagai Hajah Raudah
Izzendra sebagai Natasha
Khairil Anwar Aman sebagai Haji Murad
Aleeza Kasim sebagai Datin Maria
Esma Daniel sebagai Dato Azman
Zila Bakarin sebagai Hajah Jamilah
Mahmud Alibashah sebagai Haji Nizam
Hafreez Adam sebagai Kashaf
Nada Nursyuhada sebagai Che Pah
Afzan A.Rahman sebagai Doktor Bakri
Idzham Ismail sebagai Dahlan
Ayra Messi sebagai Julia
Nabil Aqil sebagai Aidil
Khafizah Hanafie sebagai Puan Zaimah
Zizi Hazirah sebagai Rahila 
Sean Lee sebagai Dr Chin

Lagu Tema (OST)
Bukti Cinta - Wanie Ooi
Kekasih - Aiman Sidek, Aniq Muhai, Alif Azhari
Teristimewa - Aiman Sidek

Sinopsis Tarik Aku Ke Syurga

Zamri (Zul Ariffin) ialah seorang perunding hartanah yang berjaya dan sudah memiliki syarikat perunding hartanah di Kuala Lumpur pada usia muda. Zamri ialah anak tunggal kepada Haji Murad dan Hajah Raudhah. Sebagai anak tunggal, Haji Murad dan Hajah Raudhah sangat menitik-beratkan pendidikan agama dalam hidup Zamri dari kecil. Malahan, Hajah Raudhah merupakan penceramah bebas yang sangat berpengaruh. 

Sayangnya, Zamri yang dilihat sebagai anak baik di depan mata orang tuanya, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat di Kuala Lumpur. Zamri terdedah dengan dunia hidup berpeleseran, hanyut dengan bisikan dan hasutan syaitan. Akhirnya, tembelang Zamri pecah apabila ibunya, Hajah Raudhah terjumpa gambar-gambarnya ketika bersosial di kelab malam.

Hajah Raudhah memberikan dua pilihan kepada Zamri, sama ada menikahi gadis pilihan ibunya ataupun disingkirkan dari terus menjadi anaknya. Walaupun tidak rela, Zamri menikahi Zara (Nelissa Nizam) kerana ingin mendapatkan kemaafan daripada orang tuanya. Malangnya bagi Zara, satu persatu rahsia gelap Zamri terbuka kepadanya selepas bergelar isteri. Bersediakah mereka berhadapan dengan pelbagai dugaan itu?

Sinopsis Novel Tarik Aku Ke Syurga

Tuduhan anak derhaka oleh Hajah Raudah bagai membenam diri Zamri ke dasar bumi yang gelap dan menyeksakan.

“Umi, ampunkan Zam. Berilah Zam peluang untuk betulkan kesilapan diri Zam…”

Akhirnya, Zamri yang tiada pilihan, terpaksa menurut sahaja kemahuan keluarga walaupun hatinya tertutup untuk wanita.

 “Kalau nak umi ampunkan kamu, ada syaratnya. Kalau syarat umi ini tak dapat kamu patuhi, anggap sajalah yang umi ini sudah mati.”
 
Ternyata wanita yang halal itu belum dapat disentuh Zamri. Saat itu,  Zara bagaikan dapat meneka perangai pelik Zamri yang tidak pernah memandangnya sebagaimana selayaknya seorang suami memandang isterinya.

“Boleh tak awak tolong saya sekali? Saya merayu sangat-sangat. Anggap saja pertolongan ini sebagai membalas budi kerana saya tidak memohon cerai walau pun setelah tahu awak tak normal….”

Tidak semudah itu Ricky mahu melepaskan Zamri yang sudah banyak termakan budinya. Demi sebuah dendam, Ricky tekad memisahkan kedua pasangan suami isteri itu dengan sihir pemisah?

“Aku akan viralkan gambar-gambar kau. Reputasi kau sebagai doktor akan tercalar.”

Adakah Zamri mampu berubah?

Berjayakan Ricky melunaskan dendamnya kesumatnya?
Zara pula menjadi mangsa keadaan demi menyelamatkan maruah keluarga Zamri.

Perlukah dendam dan kesakitan ini dibawa sehingga ke penghujung nyawa?

Atau adakah cinta mengatasi segalanya?

Tarik Aku Ke Syurga
Tarik Aku Ke Syurga