Drama Perempuan Tidak Ternikah (TV3)

Perempuan Tidak Ternikah

Nantikan drama 'Perempuan Tidak Ternikah' diinspirasikan daripada e-novel 'Perempuan Tak Ternikahi' karya Bunga Emmly yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd dibawah arahan Eoon Shuhaini. Dibintangi oleh Elizad Sharifuddin, Yusuf Bahrin, Ali Reza, Shahz Jaszle dan Raden Zaharatul. 

Drama Perempuan Tidak Ternikah disiarkan bermula 17 Disember 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, pada jam 7 malam di slot Akasia TV3.  Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Perempuan Tidak Ternikah

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 17 Disember 2025
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Bunga Emmly & Tommy Loh
Pengarah: Eoon Shuhaini
Produksi: Sha's Media Sdn Bhd

Watak Pelakon
Siti Elizad Sharifuddin sebagai Keisya / Riana
Yusuf Bahrin sebagai Rayyan
Ali Reza sebagai Adli
Raden Zaharatul sebagai Juliana
Shahz Jaszle sebagai Ringgo / Haidar
Laila Nasir sebagai Datin Ros
Apich Lo sebagai Radhi
Delimawati sebagai Nek Jah
Rahim Jelani seagai Johan
Anne Abdullah sebagai Marisa
Gabriel Chung sebagai Chico
Norismanizan Ismail sebagai Faezah 

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Cinta Gila
Penyanyi: Mariam Saim
Komposer: Mariam Saim
Lirik: Mariam Saim

Sinopsis Perempuan Tidak Ternikah

Mengisahkan Keisya (Elizad Sharifuddin), seorang gadis yang dibesarkan oleh neneknya selepas ibu bapanya berpisah. Manakala, tunangnya, Adli (Ali Reza), menjadi satu-satunya tempat Keisya bergantung harap apabila ayah kandungnya, Malik (Kaza), cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya.
 
Namun, kehidupan Keisya terus diuji apabila terbongkar rahsia silam yang dia sebenarnya adalah anak luar nikah.
 
Lebih menyayat hati, Malik sanggup menuntut wang sebagai syarat untuk menandatangani surat pengakuan pernikahan.
 
Demi cinta, Keisya dan Adli nekad bernikah di Siam. Namun kebahagiaan itu hanya seketika. Neneknya meninggal dunia akibat serangan jantung, manakala Adli pula maut dalam kemalangan jalan raya.
 
Kehilangan dua insan tersayang membuatkan Keisya jatuh ke lembah kemurungan, lebih perit apabila keluarga Adli menolak dirinya bersama zuriat yang dikandungnya. Dalam keadaan hampir berputus asa, Keisya diselamatkan oleh Rayyan (Yusuf Bahrin), seorang lelaki yang membantunya bangkit dan memulakan hidup baharu di rumah kebajikan.
 
Mampukah seorang bakal ibu bangkit apabila segalanya dirampas daripadanya? Bolehkah hati yang terluka kembali percaya pada kebahagiaan?
 
Walaupun benih cinta mula berputik, trauma masa lalu membuatkan Keisya menepis perasaan itu dan memilih untuk melarikan diri.
 

Sinopsis Novel Perempuan Tidak Ternikah

Keisya ditinggalkan saat paling perit, ketika diri sarat mengandung. Dikhianati dan dianiaya oleh mereka yang sepatutnya melindungi, sehingga kehilangan anaknya yang baru lahir di muka bumi.

Tahun demi tahun, dia terkurung sebagai ‘Perempuan Tak Ternikahi’ sehinggalah Ringgo muncul untuk mengubah segalanya. Keisya cuba bangkit semula sebagai Riana.

Namun luka lama kembali menghantui, sehingga meledakkan dendam paling bahaya yang selama ini cuba dipendamnya.

Seorang demi seorang, mereka harus membayar semuanya. Dengan air mata, darah dan nyawa.

Perempuan Tidak Ternikah