Drama Impiana: Karma

Impiana Karma

Nantikan drama 'Impiana: Karma' diadaptasi daripada novel Ain Maisarah akan mula bersiaran pada 19 November 2025, setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam di Astro Ria, dan turut boleh distrim menerusi Astro GO serta sooka. Diterbitkan oleh Zeel Production Sdn. di bawah sentuhan pengarah Eyra Rahman. Menampilkan barisan pelakon popular seperti Che Puan Juliana Evans, Ezzanie Jasny, Tiz Zaqyah, Adriana Adnan, Yuna Rahim dan Sharifah Haneesya. 

Impiana: Karma

Episod: 22
Tarikh Tayangan: 19 November 2025
Waktu Siaran: Rabu & Khamis, 9:00 malam
Saluran: Astro Ria 104
Platform Penstriman: Astro GO, sooka
Penulis Novel: Ain Maisarah
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd

Watak Pelakon 
Ezzanie Jasny sebagai Mimi Monira
Juliana Evans sebagai Fasha
Tiz Zaqyah sebagai Linda
Adriana Adnan sebagai Diana
Yuna Rahim sebagai Shasha
Sharifah Haneesya sebagai Nana
Dottie sebagai Mimi Monira
Lorenzo Irmann sebagai Fahrin
Syazwan Razak sebagai Paie
Jay Iskandar sebagai Qamil
Nas-T
Aniq Suhair

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Balas Baik
Pelakon: Nabila Razali
Komposer & Lirik : Audi Mok & Shazee Ishak

Sinopsis Impiana Karma

Mengisahkan sekumpulan bekas rakan sekolah yang bertemu semula selepas 10 tahun dan menyertai sebuah syarikat misteri yang menjanjikan untuk menunaikan impian mereka dalam masa 3 bulan, namun tanpa disedari terikat dengan satu perjanjian gelap yang akhirnya memporak-perandakan kehidupan masing-masing. Kisah ini menyingkap sisi gelap manusia, obsesi terhadap kecantikan, dendam dan pengaruh media sosial dalam mengejar kesempurnaan.

Sepuluh tahun selepas dibuli di sekolah, Mimi kembali langsing dan berjaya. Di majlis reunion, dia muncul dengan syarikat misteri IMPIANA Sdn. Bhd. yang mampu menunaikan impian dalam tiga bulan.