Drama Kau Cipta Kasih (TV3)

Kau Cipta Kasih

Nantikan drama adaptasi novel 'Kau Cipta Kasih' karya Azilah Wahab akan mengisi slot Samarinda TV3. Menampilkan lakonan Nazim Othman, Uyaina Arshad, Amanda Amry, Fify Azmi dan ramai lagi. Drama arahan Nazir Jamaludin, terbitan Ansar Creative Media.

JUDUL : KAU CIPTA KASIH
EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : -
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
RANGKAIAN : Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Azlina Din, Azilah Wahab
PENGARAH : Nazir Jamaludin
PRODUKSI : Ansar Creative Media
PELAKON : Nazim Othman, Uyaina Arshad, Amanda Amry, Fify Azmi, Sherie Merlis, Nafiz Muaz, Sahronizam, Marisa Yasmin, Dilla Ahmad, Tash Yong, Raja Syahiran, Naim Shamshol, Zalfa Zin

WATAK PELAKON
Nazim Othman sebagai Afiq
Uyaina Arshad sebagai Khadijah
Amanda Amry sebagai Hasnah
Fify Azmi sebagai Ramlah

SINOPSIS KAU CIPTA KASIH
Idris - Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah.

Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya. Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya.

Hasnah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu!

Ramlah - Dimanjai ayah lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Bangga dengan kelebihan yang diperolehi membuatkan dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri...

Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?

Kau Cipta KasihKau Cipta Kasih