Drama Harith Fayyadh (TV3)

Harith Fayyadh

Drama bersiri 'Harith Fayyadh' akan menemui penonton di slot Akasia TV3 bermula 1 April 2022, setiap hari, pukul 6.58 petang. Turut disiarkan di platform penstriman Disney+ Hotstar. Drama bersiri 15 episod ini diterbitkan oleh Sha’s Media Sdn Bhd, diarahkan oleh Ayie Mustafa serta menampilkan pelakon utama iaitu Hafidz Roshdi, Adam Lee, Nad Zainal dan Cahaya Nilam.

Harith Fayyadh

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 1 April 2022
Waktu Siaran: Isnin-Ahad, 6:58 petang
Rangkaian: Akasia TV3 / Disney+ Hotstar
Idea Asal: Mama Bella
Skrip: Mama Bella, Mohd Shahremy Ikmal
Pengarah: Ayie Mustafa
Produksi: Sha's Media Sdn Bhd

Watak Pelakon
Hafidz Roshdi sebagai Harith
Adam Lee sebagai Fayyadh
Nad Zainal sebagai Sarah
Cahaya Nilam sebagai Vivy
Julia Farhana sebagai Shila
Hasnul Rahmat sebagai Kamal
Dynas Mokhtar sebagai Arisa
Fauziah Nawi sebagai Dato' Ainon 
Shamsul Ghau Ghau sebagai Ustaz Razak
Mak Wan sebagai Mak Ati  
Badrul Muhayat sebagai Malik
Kirana Batrisyia sebagai Laila
Lan Siro sebagai Bakri 

Lagu Tema (OST)
Restu - Ikhwan Fatanna

Sinopsis Harith Fayyadh

Harith (Hafidz Roshdi) dan Fayyadh (Adam Lee) merupakan adik-beradik tiri berlainan bapa. Harith merupakan anak sulung Arisa (Dynas Mokhtar) hasil perkahwinannya dengan Bakri manakala Fayyadh merupakan anak Arisa bersama Kamal (Hasnul Rahmat), pemandu peribadinya yang dikahwini setelah kematian Bakri. Arisa tidak pernah mencintai Kamal namun mereka berkahwin di atas cadangan ibu Arisa, Dato’ Ainon (Fauziah Nawi).

20 tahun berlalu, kini Harith dan Fayyadh sudah dewasa. Walaupun mempunyai minat yang lain, mereka mengambil jurusan perniagaan di atas permintaan Dato’ Ainon. Harith ingin mendalami ilmu agama. Harith aktif dalam aktiviti persatuan dan kerja amal. Di hujung minggu, Harith mengikuti kuliah Ustaz Razak. Fayyadh lebih cenderung dengan dunia glamor dan minat dalam bidang fesyen. Selain melibatkan diri dalam modeling, Fayyadh juga sering menghabiskan masa dalam bersosial.

Fayyadh kemudiannya berkahwin dengan Vivy (Cahaya Nilam) manakala Harith pula masih dalam fasa mengenali Sarah (Nad Zainal), anak kepada Ustaz Razak. Dato’ Ainon kemudiannya telah menetapkan syarat bahawa Harith dan Fayyadh perlu mempunyai anak jika ingin mewarisi segala hartanya. Masing-masing terkejut. Sejak daripada itu, hubungan kedua beradik yang dahulunya akrab mula berantakan.

Harith FayyadhXXX