,

Kabut (TV2)

August 02, 2021

Kabut tv2

Saksikan siaran ulangan telefilem Kabut pada Selasa, 3 Ogos jam 9:00 malam di TV2.

JUDUL: KABUT
WAKTU SIARAN: Selasa, 3 Ogos 2021, 9:00 malam  
SIARAN TV: TV2 (RTM)
PENGARAH: Hisyamudin Ahmar
PRODUKSI: Unit Drama TV RTM
PELAKON: Hasnul Rahmat, Azhar Zainal, Tan Ting, Iskandar Zulkarnain, Anas Ridzuan, Zainorhiyam, Zaryzar Jaafar, Maarup Mustapha

SINOPSIS KABUT
Ah Fook dibesarkan oleh bapanya Kui Lan, dalam suasana kehidupan serba sederhana. Namun segalanya berubah setelah berlakunya kejadian kebakaran  yang menimpa dirinya sewaktu berusia tujuh tahun. Sesuatu di luar jangkaan berlaku bila Al-Quran yang dijumpainya di tempat kebakaran tidak terbakar dan masih elok. Situasi itu menyebabkan Ah Fook tergerak hati untuk mendalami agama Islam.

Minatnya dari kecil hingga besar mendengar tazkirah dari Sheikh Rahim di Madrasah Ar-Rahman  membawa perubahan besar dalam hidupnya apabila dia dengan rela hati ingin memeluk Islam. Tetapi dia merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan bapanya. Bimbang  keputusannya itu akan membuatkan bapanya mengamuk besar dan menentang kuat keinginannya menukar agama. Konflik mula tercetus apabila bapanya tidak merestui Ah Fook memeluk Islam seterusnya merungkaikan asal usul Ah Foo.

Kabut tv2Kabut tv2

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Follow