Sinopsis Pretty Little Liars (Astro Citra)

Pretty Little Liars

Drama adaptasi popular hollywood, Pretty Little Liars versi Indonesia bakal ditayangkan di Astro Citra bermula 5 Julai, setiap hari Isnin, jam 9 malam. Anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

JUDUL : PRETTY LITTLE LIARS
EPISOD : 10 episod
TARIKH TAYANGAN : 5 Julai 2021
WAKTU SIARAN : Isnin, 9:00 malam 
SIARAN TV : Astro Citra 108 (HD), 128 (SD)
PENGARAH : Emil Heradi
PELAKON : Shindy Huang, Anya Geraldine, Eyka Farhana, Valerie Thomas, Yuki Kato, Wulan Guritno, Naufal Samudra, Jennifer Coppen, Giulio Perangkuan, Tegar Satrya, Tarra Budiman, Cindy Nirmala, Irgi Fahrezi

WATAK PELAKON 
Shindy Huang sebagai Aria
Anya Geraldine sebagai Hanna
Eyka Farhana sebagai Emma
Valerie Thomas sebagai Sabrina
Yuki Kato sebagai Alissa Gabriela

SINOPSIS PRETTY LITTLE LIARS
Mengisahkan tentang 5 sahabat baik, Aria, Emma, Hanna, Sabrina dan Alissa yang merupakan gadis paling popular di Universiti Amerta. Pada malam graduasi, mereka berpesta di rumah Sabrina. Tetapi ketika mereka bangun, mereka dapati Alissa telah hilang. Setahun kemudian, kehidupan Aria, Hanna, Sabrina dan Emma diganggu dengan mesej ugutan yang menyalahkan mereka tentang satu rahsia yang hanya diketahui oleh Alissa. Pengirim mesej-mesej itu menggelarkan dirinya ‘A’. Mereka yakin bahawa si ‘A’ adalah Alissa yang telah hilang setahun lalu dan cuba mengusik mereka berempat. Namun, tekaan mereka terus menjadi tanda tanya apabila mayat Alissa ditemui di halaman belakang vila miliknya. Persoalannya, siapakah yang membunuh Alissa? Dan jika Alissa telah mati, siapakah ‘A’?

Pelakon Pretty Little LiarsPretty Little Liars 2