Drama Selamat Datang Cinta

Selamat Datang Cinta

Drama 'Selamat Datang Cinta' lakonan Scha Elinnea, Ali Reza, Chomell Fana, dan Ameerul Asyraf ditayangkan di Salam HD saluran 113 Unifi TV pada setiap Jumaat pukul 6 petang dan 10 malam.

JUDUL : SELAMAT DATANG CINTA
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 28 Mei 2021
WAKTU SIARAN : Jumaat, 6:00 petang & 10 malam
SIARAN TV : Salam HD (Unifi saluran 113)
PENULIS SKRIP : Rina Khan, Sherry Khan, Amni Zahra
PENGARAH : Lizam Togil (Ujang)
PRODUKSI : A. Aia Production Sdn Bhd
PELAKON : Scha Elinnea, Ali Reza, Chomell Fana, Ameerul Asyraf, Nafiez Zaidi, Cahaya Nilam, Fadilah Mansor, Aishah Atan, Ghazali Rusli, Zul Genting, Naim Shamsol, Rizal Mohd Ridhuan, Elzriq Nieshaen Adam, Roslinawati Mat, Avaa Vinja, Zizi Zulkifli , Dilla Ahmad, Farhana Mat Dali, Qaralyana, Ken Abdullah, Sazrin, Azzahra Ahmad , Muhammad Habeeb, Shawal Osman

WATAK PELAKON 
Scha Elinnea sebagai Ariana 
Ali Reza Kavoossi sebagai Hakim  
Chomell Fana sebagai Yasmin
Ameerul Asyraf sebagai Rayyan
Cahaya Nilam sebagai Irsya

SINOPSIS SELAMAT DATANG CINTA

Episod 2
Suatu hari Ariana ternampak Rayyan yang sedang meletakkan surat layang serta sekuntum bunga untuk Yasmin, membuatkan Ariana bersemuka dengan Rayyan. Akhirnya mengaku bahawa dia dah lama mencintai Yasmin, sayangnya Yasmin tiada hati dengan Rayyan. Ini membuatkan Ariana mahu memberitahu Yasmin tapi Rayyan menahannya kerana dia tahu Yasmin takkan terima cintanya sebab hati Yasmin dah terpaut pada hakim pemilik resort itu.

Episod 3
Ariana kenalkan Arif kepada Rayyan. Ariana harap Rayyan boleh ambil tugas membawa Arif ke puncak Gunung Nuang tapi Arif tidak setuju. Dia tetap mahukan Ariana turut menemaninya. Pada masa yang sama, Rayyan tersentak bila melihat Arif, namun Arif cepat-cepat suruh Rayyan simpan rahsia. Maka terpaksalah Rayyan berpura seolah dia tidak kenal pada Arif. 

Episod 4
Tiba-tiba Yasmin muncul dan menjerit sakan bila melihat Ariana dan Arif dalam suasana romantis sebegitu. Belum sempat Ariana nak menjelaskan apa-apa, Yasmin dah mengamuk sakan. Di rumahnya pula, Yasmin telah mencampakkan kain baju Ariana dan menghalaunya dari rumah Yasmin dengan tuduhan kawan makan kawan dan macam-macam lagi. 

Episod 5
Arif tergelak tengok Ariana terbeliak dengan mata terkebil-kebil dengar Arif nak kahwin dangannya. Lalu Arif kata bukan sekarang, suatu hari nanti. Ariana yang dah mula faham dengan karakter Arif yang suka menyakat itu, terpaksa tebalkan telinga melayan kerenah Arif. Tapi apabila Arif makin beria nak tunjuk depan semua orang macamkan Ariana ni kekasihnya, Ariana mula geram dan mengelak dari Arif. Malah Ariana tak lagi memanggilnya Arif tetapai Tuan Hakim.

Episod 6
Ariana yang sakit hati dengan Hakim yang tak habis-habis menghantar hadiah dan melayannya seperti kekasih di depan kakitangan resort, akhirnya meletop. Ariana ingatkan akim bahawa mereka berdua bukannya pasangan kekasih. Kalau Hakim nak bercinta sangat, pergi bercinta dengan Yasmin. Gadis yang telah lama memujanya sejak dulu. Tapi Hakim dengan tenang menyatakan dia tidak peduli tentang orang memuja dan mencintainya. Apa yang dia pedulikan adalah Ariana.