Filem Dekatnya Cinta

Dekatnya Cinta

Saksikan filem Dekatnya Cinta kesinambngan daripada drama siri popular Adam & Hawa! yang bakal ditayangkan pada 13 Mei ini di Astro First, saluran 480. Boleh juga strim Dekatnya Cinta di Astro Go atau On Demand.

JUDUL : DEKATNYA CINTA
TARIKH TAYANGAN : 13 Mei 2021
CERITA ASAL : Aisya Sofea
PENULIS SKRIP : PGR’S TEAM
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Datuk Aaron Aziz, Nadiya Nissa, Farah Nabilah, Fazley Yaakob, Nadya Syahera

WATAK PELAKON
Datuk Aaron Aziz sebagai Adam Mukriz
Nadiya Nissa sebagai Ain Hawani
Farah Nabilah sebagai Zulaika
Fazley Yaakob sebagai Profesor Yusoff
Nadya Syahera sebagai Nadira

LAGU OST
Lagu : Muara Hati
Penyanyi : Siti Nurhaliza & Hafiz Suib
Lirik : Adi Priyo
Komposer : Adi Priyo

SINOPSIS DEKATNYA CINTA
Mengisahkan tentang pasangan suami isteri Adam Mukriz dan Ain Hawani hidup bahagia sehinggalah hadir orang ketiga, Zulaika (Farah Nabilah). Adam Mukriz mula beralih arah kerana Ain Hawani tidak dapat memberi tumpuan pada keluarga disebabkan sibuk dengan kerjaya dan menyambung pengajian. Keadaan bertambah rumit apabila Adam Mukriz ternampak Ain Hawani menerima sejambak bunga bersama Profesor Yusoff (Datuk Fazley Yaccob). Diselubungi rasa marah dan cemburu, Adam Mukriz telah melafazkan cerai. Bermulalah perjalanan hidup baru buat mereka berdua dalam berdepan dengan pelbagai dugaan.

... 

Kini, Adam Mukhriz dan Ain mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali. Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba diuji. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Akhirnya Adam melafazkan talak. Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Ain cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar. Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati.