Drama Bila Syaitan Berbisik

Bila Syaitan Berbisik

Saksikan drama khas sempena bulan ramadan ini bertajuk 'Bila Syaitan Berbisik' lakonan Lah Ahmad, Azar Azmi dan ramai lagi bermula 12 April ini jam 11 malam di Astro Ria.

JUDUL : BILA SYAITAN BERBISIK
EPISOD : 18
TARIKH TAYANGAN : 12 April 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 11:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria HD 104 | SD 124 
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Opera Klasik
PELAKON : Lah Ahmad, Azar Azmi, Kamal Adli, Uyaina Arshad, Adlin Aman Ramlie, Zarina Zainuddin, Norlia Ghani, Liza Abdullah, Syafnida Shuhaimi, Hamidah Wahab, Mustaqim Bahadon, Natasha Hudson

SINOPSIS BILA SYAITAN BERBISIK
Diinspirasikan daripada kisah benar, ikuti perjalanan Naen dan Dhia membantu mangsa yang terlibat dalam kes-kes jenayah dalam agama, jenayah seks dan penderaan domestik.

Episod 01
Sara meminta bantuan Naen dan Dhia untuk menyelamatkan anak angkatnya yang dipercayai didera oleh ibu kandung dan ayah tirinya Tanpa sedar, permintaan Sara telah meletakkan anak angkatnya di dalam bahaya

Episod 02
Seorang ibu miskin telah ditahan oleh tuan kedai kerana mencuri ubat untuk anaknya yang sakit dan diminta membayar ganti rugi jika mahu dilepaskan. Dhia tidak bersetuju bila Naen mahu membantu wanita itu.

Episod 03
Naen hampir terlanggar seorang ibu tua ketika memandu pulang. Ibu tua itu dibuang di tepi jalan oleh anaknya.Naen dan Dhia bersemuka dengan anak wanita tua itu dan mengaku terpaksa membuang ibunya.

Episod 04
Nina, seorang remaja yang masih bersekolah, sangat aktif membuat video-video ghairah di sosial media walaupun ditentang oleh ibubapanya. Malangnya populariti yang diraih Nina juga menjadi punca dia dirogol

Episod 05
Naen dan Dhia cuba membantu menempatkan Alina dan adiknya di Jabatan Kebajikan Masyarakat apabila mereka tahu ibubapanya adalah penagih dadah tetapi Alina tidak setuju kerana takut terpisah dengan adiknya