Drama Ryan Aralyn (TV3)

Ryan Aralyn

Nantikan drama bersiri 'Ryan Aralyn' menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose. Drama terbitan Qaisworks Production, dibawah arahan Riza Baharudin. Akan menemui penonton di slot Akasia TV3 pada 25 September 2020.

JUDUL : RYAN ARALYN
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 25 September 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Panel Skrip Qaisworks Sdn Bhd
PENGARAH : Riza Baharudin 
PRODUKSI : Qaisworks Production Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Fify Azmi, Shah Iskandar, Sharifah Husna, Kodi Rasheed, Raja Azura, Arash Mohd, Aishah Atan , Ummar Dzariff, Nabil Aqil, Bazly Hanif, Maria Wati, Nabil Aqil, Rizal Yum, Numan Mohd Salleh, Rashimah Bee, Hashim Osman, Umakhaiie

WATAK PELAKON 
Zul Ariffin sebagai Ryan
Raysha Rizrose sebagai Aralyn
Fify Azmi sebagai Hanis
Shah Iskandar sebagai Zarul
Kodi Rasheed sebagai Allif
Raja Azura sebagai Kak Ruby
Arash Mohd sebagai Malek
Aishah Atan sebagai Nora
Sharifah Husna sebagai Doweena
Bazly Hanif sebagai Shakir
Ummar Dzariff sebagai Amir
Maria Wati sebagai Nenek Salmah 
Nabil Aqil sebagai Remy 
Rizal Yum sebagai Tokey 
Numan Mohd Salleh sebagai Abang Noh 
Rashimah Bee seabgai Mak Zarul 
Hashim Osman sebagai Ayah Zarul 
Umakhairie seabgai Umar

LAGU TEMA / OST 
Andi Bernadee - Penat
Caliph Buskers - Manusia 
Aepul Roza & Sarah Suhairi - Entah Apa
Ezad Lazim  - Leka
Danial - Kutak Rela

SINOPSIS RYAN ARALYN
Mengisahkan Ryan memegang tanggungjawab untuk menjaga neneknya yang sakit dan juga anaknya Amir. Ryan gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Isterinya, Hanis pula tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan selalu keluar malam untuk berhibur.

Aralyn dibesarkan dalam keluarga yang serba mencukupi dan merancang untuk berkahwin dengan Zarul. Puan Nora tidak sedap hati dengan sikap Zarul dan meminta Aralyn mengenali hati budi Zarul telebih dahulu.

Satu hari, Aralyn dan Ryan bertembung dalam kemalangan jalan raya yang telah menyebabkan Ryan kehilangan anaknya dan Aralyn pula menjadi lumpuh. Selepas insiden tersebut, hidup Ryan terus diuji apabila Hanis minta untuk bercerai dan neneknya meninggal dunia.

Ryan masih dihantui rasa bersalah kepada Aralyn kerana kemalangan tersebut Aralyn telah lumpuh. Ryan pergi ke Kuala Lumpur mencari Aralyn untuk meminta maaf tetapi dirinya tidak kuat untuk berhadapan dengan Aralyn yang kemurungan dengan keadaan dia yang tidak mampu berjalan. Zarul pula tidak dapat menerima keadaan Aralyn lalu terus memutuskan hubungan mereka. 

Tanpa disangka kehadirannya ke rumah besar menghantar barang yang dikirim oleh Kak Ruby bertukar kepada dia ditemuduga untuk menjadi ‘pembantu peribadi' Aralyn. Semuanya itu dirancang oleh Kak Ruby supaya Ryan dapat mendekati Aralyn. Sejak itu, Aralyn semakin bersemangat dengan kehadiran Ryan dan kak Ruby. Ryan dan Aralyn semakin rapat dan bibit-bibit percintaan mula terasa bila masing-masing meluahkan perasaan. Mereka akhirnya selamat diijabkabulkan. Kehidupan perkahwinan mereka sangat bahagia. Bagaimanapun, Ryan masih merahsiakan kebenaran mengenai kemalangan lalu dari pengetahuan Aralyn.

Kemunculan Hanis dan Aliff membuatkan Ryan tidak senang. Hanis dan Aliff menyamar sebagai tukang urut professional untuk mendekati Aralyn. Alif dan Hanis mengugut Ryan untuk beritahu hal sebenar pada Aralyn jika tidak memberikan mereka duit. Ryan juga rimas dengan Zarul yang mahu merosakkan hubungan dia dan Aralyn. 

Ryan Aralyn tv3

Ryan Aralyn
Pelakon Ryan Aralyn