,

Baju Jersi Amar (TV1)

September 11, 2020

Baju Jersi Amar

Saksikan telefilem khas sempena Hari Malaysia lakonan Raja Atiqullah, Fimie Don, Didi Astillah dan ramai lagi pada Sabtu, 12 September 2020 jam 9.00 malam di TV1.

JUDUL : BAJU JERSI AMAR
WAKTU SIARAN : Sabtu, 12 September 2020, 9:00 malam 
SIARAN TV : TV1 (Panggung RTM)
PENULIS SKRIP : Adza Nasya Emie
PENGARAH : Jet Lee (M Nazir Juhan)
PRODUKSI : RR24 Empire Sdn Bhd
PELAKON : Raja Atiqullah, Fimie Don, Didi Astillah, Wan Hanafi Su, Esma Daniel, Mustaqim Bahadom, Watie Sadali,

SINOPSIS JUDUL : BAJU JERSI AMAR
Seorang remaja 'Anak Pulau' yang berpindah dari dunia serba miskin ke dunia baru dan menemui cinta sejatinya dalam sukan bola sepak, namun halangan dihadapinya apabila kehadirannya dibenci oleh masyarakat keliling.

Amar punya impian. Namun sejak kematian ibu dan bapa, dia dibesarkan oleh datuknya, Pokwe. Prestasi pelajarannya merosot menyebabkan datuknya membuat keputusan menyerahkan Amar kepada penjaga baharunya di bandar. Di sekolah bandar, Amat telah berjaya menyerlahkan bakatnya dalam sukan bola sepak hingga terpilih menjadi penyerang utama dan sekaligus mengharumkan nama pasukannya.

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow