Drama Luka Di Hati Diya

Luka Di Hati Diya

Nantikan drama adaptasi novel 'Luka Di Hati Diya' karya Hasliza Ismail. Menampilkan gandingan pelakon utama Isyariana dan Niezam Zaidi. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd diarahkan oleh Eyra Rahmam. Luka Di Hati Diya bersiaran mulai 28 November 2022, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang di TV1.

Luka Di Hati Diya

Episod: 26
Tarikh Tayangan: 28 November 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 6:00 petang 
Rangkaian: TV1 slot Widuri
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Isyariana, Niezam Zaidi, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sherry Ibrahim, Fikhree Bakar, Kodi Rasheed, Lia Natalia, Azlan Komeng, Kak Girl, Syed Mirfan, Nonny Nadirah, Sanjna Suri

Watak Pelakon
Isyariana sebagai Diya Mirza
Niezam Zaidi sebagai Remy
Sherry Ibrahim sebagai Sahara
Fikhree Bakar sebagai Syukri
Kodi Rasheed sebagai megat
Nonny Nadirah sebagai Natrah
Sanjna Suri sebagai Suzy

Sinopsis Luka Di Hati Diya

Mengetengahkan tentang ketabahan wanita dalam berdepan cabaran dan kisah hidupnya bersama lelaki yang dicintainya.

Diya Mirza, gadis pendiam di tempat kerjanya. Dia sentiasa hidup dalam ketakutan tak kira di mana beliau berada. Oleh kerana sikap peliknya itu membuatkan dia sering dipulaukan dan dibuli oleh rakan sekerja yang mencari kesempatan atas kelemahannya.

Sehinggalah muncul Remmy, staf baru yang bekerja sebagai penghantar surat di syarikat tersebut. Sikap naif dan pelik Diya menarik hati Remmy untuk terus mendalami hati wanita itu dan sekali gus memusnahkan benteng yang selama ini melindunginya.

Namun tanpa diduga apabila hati masing-masing sudah terpaut, mimpi hitam mula menjadi kenyataan setelah kebenaran mula terjawab.

Diya Mirza menyimpan kisah hitam dalam diari hidupnya dan dia kini dalam pelarian bersama ibunya. Apabila ayah tirinya muncul kembali mengganggu hidup mereka, Remmy terpaksa berkorban dan sebagai balasan, Remmy harus kembali ke pangkuan keluarga dan memikul tanggungjawab yang selama ini diabaikan.

Apakah kesudahan kisah Diya dan Remmy? Adakah hati Diya akan selamanya terluka? Dapatkah cinta mengubat hati yang luka berdarah akibat kepercayaan yang pernah dinodai?Pelakon Luka Di Hati Diya Isyariana Luka Di Hati Diya