Sinopsis filem Town Mall (2020)

Town Mall

Filem Town Mall menampilkan kisah inspirasi daripada kisah benar yang diadaptasi daripada novel bergenre seram terlaris karya Hasrudi Jawawi terbitan Buku Prima. Filem Town Mall boleh dilanggan menerusi Astro First saluran 480 bermula 25 Jun 2020. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem terbabit selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

JUDUL : TOWN MALL
GENRE : Seram
TARIKH TAYANGAN : 25 Jun 2020
PENULIS SKRIP : Subroto Katimin
PENULIS NOVEL : Hasrudi Jawawi
PENGARAH : Datuk Seri Eizlan Yusof
PRODUKSI : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Dato’ Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Faradhiya.

WATAK PELAKON 
Datuk Seri Eizlan Yusof sebagai Rusdi
Reen Rahim sebagai Akma
Intan Ladyana sebagai Maria
Adam Shahz sebagai Malik
Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Tok Megat
Hafizuddin Fadzil sebagai Dato Saiful
Nor Albaniah sebagai Nek Melur
Erry Putra sebagai Hassan
Ku Faridah sebagai Mak Esah
Faradhiya sebagai Ariani
Nurul Hanynaa Bt Harizal sebagai Mazni
Hafsa Munir sebagai Misha
Wan Muhammad Logan (Elji) sebagai En Roslan

SINOPSIS TOWN MALL
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka. Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu.

Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.