Drama Runi & Solah (TV3)

Runi & Solah

Drama bersiri mini empat episod, 'Runi dan Solah' disiarkan pada 25 Mei ini pukul 12 tengah hari di TV3.

JUDUL : RUNI & SOLAH
EPISOD : 4
TARIKH TAYANGAN : 25-28 Mei 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 12:00 tengah hari
SIARAN TV : TV3
PENULIS SKRIP : Najmie Maziez Mazlan
PENGARAH : Yusry Abdul Halim
PRODUKSI : Enuja Production
PELAKON : Zareef Yusof, Nik Adam Mika, Duerra Mitilda, Indah Emeerlda, Nynaa Harizal, Eizlan Yusof, Farahdhiya, Atiq Azman, Numan Salleh, Aishah Sudin, Ahirah Karma, Muhammad Akmal Daniel, Shazman Isaac Shahril

WATAK PELAKON
Zareef Yusof sebagai Runi
Nik Adam Mika sebagai Solah
Duerra Mitilda sebagai Suraya
Indah Emeerlda sebagai Nisa
Eizlan Yusof sebagai Rahman
Faradhiya sebagai Salina
Atiq Azman sebagai Ustaz Hafiz
Nynaa Harizal sebagai Rose
Numan Salleh sebagai Haji Daud
Aishah Sudin sebagai Hajjah Ramlah
Ahirah Karma sebagai Maisarah
Muhammad Akmal Daniel sebagai Ijam
Shazman Isaac Shahril sebagai Zaki

LAGU TEMA / OST
Lagu : Hye Kawan!
Muzik : Bandi
Lirik : Baiduri

SINOPSIS RUNI & SOLAH
Runi, seorang kanak-kanak dilahirkan di luar negara berpindah ke Malaysia bersama ibu bapanya dan tinggal di kampung. Rahman dan Salina cuba membiasakan diri mengajar anak-anaknya Rose dan Runi untuk bertutur bahasa Melayu. Kini, Salina buat bisnes menjual tudung dan telekung. Rahman kemudian memasukkan Runi ke kelas Fardhu Ain di masjid yang diajar Ustaz Hafiz. Rose yang pertama kali bertemu Ust Hafiz sudah jatuh hati padanya. Lantaran itu, Rose mula mengenakan tudung dan beri juadah berbuka untuknya. Runi memulakan persekolahannya. Dia sekelas dengan Solah, Zaki, Ijam dan Suraya. Solah dan Ijam agak nakal suka mengusik Runi. Mereka dapati Suraya selalu dimarahi kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Waktu petang, Runi ke kelas Fardhu Ain dan Ust Hafiz mengajar cara niat puasa. Suatu hari, Runi, Zaki, Solah dan Ijam mengintip ke rumah Suraya nak tahu sebab Suraya selalu lambat siapkan kerja sekolah. Rupanya-rupanya Suraya sibuk membantu ibunya buat kuih untuk dijual.

Pelakon Runi & Solah