Romeo Gagap (TV1)

Romeo Gagap

Saksikan telefilem raya 'Romeo Gagap' lakonan Ungku Haris, Eyka Farhana dan Hafeez Mikail pada hari raya kedua jam 2.30 petang di RTM TV1.

JUDUL : ROMEO GAGAP
WAKTU SIARAN : Isnin, 25 Mei 2020, 2:30 petang 
SIARAN TV : TV1 (RTM)
IDEA ASAL : Aieesya Nur Adam
PENULIS SKRIP : Idrees Abdul Wahab
PENGARAH : Ollynn Khadri
PRODUKSI : Adaza 88 Studio Sdn Bhd
PELAKON : Ungku Haris, Eyka Farhana, Hafeez Mikail, Norlia Ghani, Jiggy Masin

SINOPSIS ROMEO GAGAP
Mengisahkan Nuar, seorang pemuda gagap yang bekerja sebagai pembantu kedai biskut milik Mak Andak. Nuar suka pada anak gadis Mak Andak, Ina. Ibu Ina, Mak Andak melarang Ina berkawan rapat dengan Nuar kerana Nuar seorang pemalas. Tambahan pula Mak Andak sudah memilih Badrol, seorang pengurus hotel untuk dijadikan sebagai calon isteri kepada Ina. Disebabkan itu, Mak Andak memberikan tugasan membuat biskut Viral Datin Rozi dan siapa yang berjaya akan dapat berkahwin dengan Ina.