Jodoh Lebaran (TV1)

Jodoh Lebaran

Saksikan telefilem komedi 'Jodoh Lebaran' lakonan Ain Edruce, Kila Fairy dan Hafreez Adam pada hari raya pertama (Ahad, 24 Mei 2020) pukul 9 malam di TV1.

JUDUL : JODOH LEBARAN
WAKTU SIARAN : Ahad, 24 Mei 2020, 9:00 malam
SIARAN TV : TV1 (Panggung Raya RTM)
PENULIS SKRIP : Suzanna
PENGARAH : Fahizal Abdullah
PRODUKSI : Manggis Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Ain Edruce, Hafreez Adam, Kila Fairy, Shajiry, Fathil Dani, Mili Supina, Zubir Mohd, Abam Bocey, Sangabalan

SINOPSIS JODOH LEBARAN
Tujuh hari raya Ayah Pul dan Mak Temah bercadang nak jodohkan anaknya Ain, dengan anak Haji Leman yang belajar di luar negara. Ain pula dah ada pilihan hatinya sendiri iaitu Alif. Walaupun Alif teman lelaki Ain, Alif kurang memberi perhatian terhadap Ain. Di kampung kecoh pula dengan Jembalang Putih! Bulan Ramadan ada hantu..Eh! Betul ke? Bagaimana pula dengan Ain dan Alif? Terimakah Ain dengan pilihan keluarganya?