Drama Degup Cinta (Astro Ria)

Degup Cinta

Nantikan drama bersiri 'Degup Cinta' adaptasi daripada drama Turki berjudul Ruzgarin Kalbi. Dibintangi oleh Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Juliana Evan, Mathni Razak dan ramai lagi. Drama terbitan Three Line Media Sdn Bhd, arahan bersama Shahrulezad Mohameddin dan Noorsyahida. Akan disiarkan mulai 27 April 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria HD saluran 104 dan Astro Ria saluran 124. 

JUDUL : DEGUP CINTA
EPISOD : 26
TARIKH TAYANGAN : 27 April 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria 124 & Ria HD 104)
PENULIS SKRIP : Maizura Mohd Ederis
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin, Noorsyahida Mohd Radzali
PRODUKSI : Threeline Media Sdn Bhd
PELAKON : Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Juliana Evan, Mathni Razak, Zalif Sidek, Zaryn Min, Laila Nasir, Faez Nick, Hanif Safuan, Sahronizam, Ruzana Ibrahim, Cinta Deline, Shuhanty Hanafiah, Zalfa Zin

WATAK PELAKON 
Josiah Hogan sebagai Reza
Shiqin Kamal sebagai Zahlia
Mathni Razak sebagai Haikal
Juliana Evan sebagai Jasmin
Zaryn Min sebagai Ana
Zalif Sidek sebagai Amran 
Shuhanty sebagai Amira
Faez Nick sebagai Chef Umar
Hanif Safuan sebagai Firdaus
Sahronizam sebagai Kamal (Paksu)
Laila Nasir sebagai Mariani
Cinta Deline sebagai Ayu

SINOPSIS DEGUP CINTA
Pertemuan dua hati yang lara dalam situasi yang tidak disangka. Reza membawa diri setelah setelah kematian isterinya, Jasmin akibat kemalangan. Apabila Reza pulang semula ke Malaysia, dia bertemu Zahlia yang pengsan di kawasan chaletnya. Zahlia patah hati setelah melihat tunangnya, Haikal bersama gadis lain

Zahlia sebenarnya mempunyai sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. Zahlia curiga siapa Reza yang tinggal di chalet mak ciknya, Ana.

Zahlia pergi ke majlis perkahwinan sahabatnya dengan Reza sebagai kekasih baru untuk membalas dendam pada bekas tunangnya, Haikal.

Haikal mencari kembali Zahlia dan mengupah orang untuk menyiasat siapa Reza. Zahlia dan Reza meneruskan lakonan mereka sebagai kekasih dihadapan Haikal.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Degup Cinta

Pelakon Degup Cinta