Drama Bulan Di Kota Langit

Bulan Di Kota Langit

Nantikan drama Bulan Di Kota Langit lakonan Risteena Munim dan Isa Khan. Drama terbitan CMA Media Sdn Bhd, arahan Ollynn Khadri. Akan ditayangkan bermula 13 Jun 2020, setiap hari puul 10 malam di TV Okey.

JUDUL : BULAN DI KOTA LANGIT
EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 13 Jun 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 10.00 malam
SIARAN TV : TV Okey
PENULIS SKRIP : Faten Syamimie
PENGARAH : Ollynn Khadri
PRODUKSI : CMA Media Sdn Bhd
PELAKON : Nur Risteena Munim, Isa Khan, Qi Razali, Afierariana Agoes, Fezrul Khan, Fazren Rafi, Fahmi Reza, Neera Azizi, Syifa Melvin, Farez Ridzwan, Faris Fitri, Zalfa Zin, Shukri Tahir, Lisdawati, Izzy Reef, Reza Hasbi, Liza Abdullah,Roy Azman

WATAK PELAKON 
Risteena Munim sebagai Munirah
Isa Khan sebagai Aditya Prasetya
Qi Razali sebagai Uzair
Afierariana Agoes sebagai Jelita
Fezrul Khan sebagai Amirul
Fazren Rafi sebagai Aqil
Fahmi Reza sebagai Afiq
Farez Ridzwan sebagai Aathif
Faris Fitri sebagai Faiz
Zalfa Zin sebagai Wahida
Syifa Melvin sebagai Emelyn
Neera Azizi sebagai Nuri
Shukri Tahir sebagai Uwais

SINOPSIS BULAN DI KOTA LANGIT
Mengisahkan tentang Munirah lbersama empat orang abangnya setelah ibu mereka meninggal selepas melahirkan Munirah. Munirah berjaya melanjutkaan pelajaran di kolej tempatan manakala abangnya masing-masing sudah mempunyai pelbagai kerjaya.

Abangnya yang pertama Amirul (Fezrul Khan) sebagai ahli bomba, Aqil (Fazren Rafi) seorang peguam, Afiq (Fahmy Reza) sebagai doktor dan Aathi (Fariz Redzwan) merupakan pelajar kolej.

Kisah kerukunan adik-beradik Munirah. Lagi-lagi watak Abang Long, sanggup berkorban untuk adik-adiknya. Sebelum ibunya meninggal dunia, Amirul diamanahkan untuk menjaga adik beradiknya dan Amirul seorang yang tegas dengan mereka.

Satu hari Munirah dapat tajuk tesis yang memerlukan dia buat kajian di Indonesia. Abang-abangnya risau akan Munirah dan selepas berbincang, Aathif diminta menemankan Munirah di Indonesia. Aathif pula cuba meyakinkan Munirah supaya pergi ke Indonesia seorang diri.

Munirah nekad pergi ke Indonesia seorang diri. Apabila Aqil terjumpa nota di dalam bilik Munirah, abang-abangnya bergegas mencarinya di lapangan terbang. Dalam hal ni, Aathif rasa bersalah sebab ini rancangannya. Amirul dan adik-adiknya terkejut dengan kehilangan Munirah dan menyalahkan Aathif. Selepas Munirah pergi, dia langsung tidak menelefon Aathif. Aathif risau kerana ini semua rancangannya.

Di Indonesia, Munirah mendapat kerja di sebuah restoran milik Pak Agus. Di situ dia berjumpa Uzair (Qi Razali) seorang pengembara dari Malaysia yang juga bekerja di restoran tersebut.

Tanpa diduga dia bertemu dengan pemuda Indonesia bernama Aditya lakonan Isa Khan yang merupakan penghidap penyakit tumor otak. Aditya sebenarnya melarikan diri daripada orang-orang di sekelilingnya sementara menantikan hari pembedahan yang bakal dijalankan ke atasnya. Apatahlagi dia sendiri sedar tiada jaminan untuk penyakitnya sembuh sepenuhnya meskipun setelah menjalani pembedahan.

Siapakah antara Aditya atau Uzair yang menjadi pilihan Munirah? 

GAMBAR PELAKON
Drama Bulan Di Kota Langit

Pelakon Bulan Di Kota Langit