Telefilem Amanat (TV3)

Amanat TV3

Saksikan telefilem Amanat lakonan Nafiz Muaz dan Atiq Azman pada Sabtu ini, 25 April 2020 pukul 9 malam di TV3. 

JUDUL : AMANAT  
WAKTU SIARAN : Sabtu, 25 April 2020, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Azril Hamzah
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : Art Ornament Sdn Bhd
PELAKON : Nafiz Muaz, Raja Atiq Azman, Fify Azmi, Hilal Azman, Zack Kool, Syed Irfan, Isaac Shahril

SINOPSIS AMANAT
Husin dan Hasan diberikan pendedahan awal dalam pembelajaran Al-Quran sejak kecil kerana ayah mereka mengharapkan anak-anaknya menjadi Qari yang terbaik. Namun, cara didikan ayah mereka, Munir yang agak keras telah menyebabkan kedua-duanya memberontak.

Munir mahu melihat anaknya memenangi pertandingan tilawah. Kehidupan mereka dipenuhi Al Quran, cuma niat Munir dikhuatiri hanya cuma mahu menunjuk-nunjuk kebolehan anak-anaknya kepada masyarakat dan bukan kerana Allah. Malang menimpa keluarga itu bila Isteri Munir meninggal dunia kerana sakit dan ini mula membuatkan hidup kedua anak-anaknya semakin sukar.

LAGU: Selagi Ada Waktu - Monoloque

Pelakon Amanat tv3