Drama Bidadari Kiriman Tuhan (Astro Ria)

Bidadari Kiriman Tuhan

Nantikan drama bersiri 'Bidadari Kiriman Tuhan' di slot MegaDrama Astro Ria. Menampilkan gandingan Mira Filzah dan Zul Ariffin. Drama terbitan Opera Klasik Sdn Bhd, arahan Rashid Sibir. Ditayangkan bermula 25 Ogos 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.

JUDUL : BIDADARI KIRIMAN TUHAN
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Ogos 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malm
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENULIS SKRIP : Rashid Sibir, Basri Musa, Suzanna Zaily Zin, Nor Shazana Abd Talib
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Opera Klasik Sdn Bhd 
PELAKON : Mira Filzah, Zul Ariffin, Ruminah Sidek, Adlin Aman Ramlie, Zarina Zainuddin, Fauziah Nawi, Maisara Sufia, Ruzaidi Abd Rahman, Bazly Hanif, Imran Ashraf, Dian P.Ramlee, Raja Azura

WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Cikgu Manis / Manja
Zul Ariffin sebagai Cikgu Yusof
Adlin Aman Ramlie sebagai Ikram
Ruminah Sidek sebagai Nenek
Zarina Zainuddin sebagai Maria (Mak)
Fauziah Nawi sebagai Kalsom
Ruzaidi Abd Rahman sebagai Pak Samad
Maisara Sufia sebagai Suria
Bazly Hanif sebagai Cikgu Adam 
Imran Ashraf sebagai Cikgu Alif 
Dian P.Ramlee sebagai Mak Yusof
Raja Azura sebagai Fiza 

SINOPSIS BIDADARI KIRIMAN TUHAN
Mengisahkan tentang perjalanan hidup Manis,seorang guru tadika yang berusia 25 tahun dan kembar seirasnya, Manja yang agak lembam. Manis dan Manja hidup bersama mak dan nenek mereka yang sakit. 

Pelbagai dugaan dan tanggungjawab yang dipikul oleh Manis, namun dia tidak pernah mengeluh. Sehinggalah Manis jatuh hati pada seorang guru sekolah rendah bernama Yusuf, hubungan adik beradik itu mula tergugat.

Manis dan Yusuf merancang untuk melangsungkan pernikahan. Suria yang tergilakan Yusuf menghasut Manja untuk menghalang perkahwinan mereka. Manja memaksa Manis untuk memilih antara dia atau Yusuf.

Kau Bidadari
Bidadari Kiriman Tuhan