Telefilem Jerat (TV3)

Jerat tv3

Saksikan telefilem 'Jerat' arahan Sharidan Popeye pada Sabtu, 14 Mac pukul 10 malam di slot Cerekarama TV3.

JUDUL : JERAT
WAKTU SIARAN : Sabtu, 14 Mac 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Sharidan Popeye 
PRODUKSI : Electrovision Sdn Bhd
PELAKON : Adam Lee, Mona Allen, Julia Farhana Marin, Nina Kho, Ridzuan Hashim, Lan Siro, Cha Oi

SINOPSIS JERAT
Kisah tiga sahabat Iris, Julia dan Angie yang akrab atas dasar kerja. Iris, anggota polis berpangkat inspektor. Angie wartawan. Julia pula peguam. Tiga kombinasi ini saling bekerjasama menyelesaikan banyak kes jenayah terutama pemerdagangan manusia. Dalam masa yang sama, Iris sibuk membuat persiapan perkahwinananya dengan Faris seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Selepas berkahwin dan pulang dari berbulan madu, Iris dikejutkan oleh berita kematian Angie dan Julia. Kehilangan sahabat membuatkan Iris bangkit untuk mencari pembunuh sahabatnya dengan sokongan Faris. Iris yakin pembunuhan Julia dan Angie ada kaitan dengan kes yang sedang disiasatnya. Sisatan yang serius dan gigih membawa Iris kepada suspek utama.

Pelakon Jerat tv3

Pelakon Jerat