Drama Rahsia Hati (TV1)

Rahsia Hati

Saksikan drama adaptasi novel 'Rahsia Hati' karya Azimah Lily bermula 16 Februari 2020, setiap Khamis hingga Ahad pukul 8 malam di TV1. 

JUDUL : RAHSIA HATI
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 16 Februari 2020
WAKTU SIARAN : Khamis-Ahad, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Widuri, TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi
PRODUKSI : Lock Frame Sdn Bhd 
PELAKON : Nur Risteena Munim, Syed Hasan Nabil, Alif Muhaimin, Shasha Abedul, Esma Daniel, Rahhim Omar, Razman Mahayuddin, Diyana Zakaria, Asha Zainul, Ady Fakaruddin, Muhammad Daniel

WATAK PELAKON
Nur Risteena Munim sebagai Tengku Dania
Syed Hasan Nabil sebagai Hairi Azwan Razali
Alif Muhaimin sebagai Tengku Daniel Darius  
Esma Daniel sebagai Dato Johari
Rahhim Omar sebagai  Tan Sri Tengku Daud
Shasha Abedul sebagai Harlina
Diyana Zakaria sebagai Melisa
Razman Mahayuddin sebagai Ali

SINOPSIS RAHSIA HATI
Tengku Dania Dahlia merupakan seorang jutawan Malaysia yang kehilangan ibu bapanya sejak kecil dan menyedari ibu bapanya terlibat dalam kemalangan yang dirancang. Sejak itu, Tengku Dania Dahlia mahu membongkarkan kisah di sebalik kematian itu dan melindungi satu-satunya adik lelakinya, Tengku Daniel Darius.

Demi menjaga status, Dania ditunangkan tanpa rela oleh atuknya dengan Hairi Azwan. Bagai buku bertemu ruas, mereka sama-sama keras kepala, sama-sama angkuh. Walau malu mengaku, mereka sebenarnya sama-sama sayang. Dalam diam-diam, ketegasan dan sikap terlalu melindungi Tengku Dania Dahlia, si wanita korporat yang pandai bertumbuk meleburkan hati batu Hairi Azwan, si kaki perempuan.

Pelakon Rahsia Hati