,

Drama Dia Random Guy (TV Okey)

February 11, 2020

Dia Random Guy

Drama adaptasi novel Dia Random Guy karya Farah Husain akan menemui penonton di TV Okey mulai 14 Februari 2020. Menampilkan gandingan Afiq Muiz dan Tania Hudson. Disiarkan setiap hari pukul 10 malam di TV Okey (Astro 109, UnifiTv 110 dan Myfreeview 110)

UDUL : DIA RANDOM GUY
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Februari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 10:00 malam
SIARAN TV : Okey (RTM)
PENULIS NOVEL : Farah Husain
PENGARAH : MP Roslin
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Tania Hudson, Afiq Muiz, Nazim Othman, Wilma Muhammad, Elanie, Nadhira, Nurul Sofia

WATAK PELAKON 
Tania Hudson sebagai Alina Suffiya
Afiq Muiz sebagai Zariel Amzar

SINOPSIS DIA RANDOM GUY
Pertemuan pertama Amzar dan Alina hanyalah kerana salah faham. Alina yang tak mahu digelar 'loser' sebab masih belum berteman di kala umur sudah menjejak 30-an, pantas menarik lengan Amzar yang kebetulan berada di situ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya bagi mengelak daripada menjadi mangsa sindiran Zufa, musuh tradisinya sejak zaman persekolahan. 

Hidup Amzar menjadi huru-hara selepas tercetusnya kisah tunangan segera itu. Bagaikan sudah tersurat, selepas peristiwa itu mereka dipertemukan pula di tempat kerja Alina dan Amzar diperkenalkan sebagai bakal majikan barunya. Amzar menggunakan peluangnya untuk membalas rasa sakit hatinya pada Alina sehingga Alina dibuang kerja dengan alasan untuk mengurangkan beban kewangan syarikat.

Pertemuan Alina dengan Zafril, abang kepada Amzar membawa kisah Amzar dan Alina ke fasa yang lain. Daripada perasaan benci kepada sebaliknya. Bunga-bunga dalam hati mula berkembang tapi tiba-tiba datang pula gangguan daripada Hairi, bekas teman lelaki Alina yang pernah mencoret luka dalam hidup Alina. Gangguan demi gangguan dari Hairi dan juga bekas isteri Hairi membuatkan Amzar mengambil kesempatan untuk mengikat Alina dengan syarat.

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow