,

Drama Bukan Kahwin Paksa (TV3)

January 10, 2020

Bukan Kahwin Paksa

Nantikan drama adaptasi novel 'Bukan Kahwin Paksa' karya Syamnuriezmil akan mengisi slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan Kamal Adli dan Hannah Delisha. Drama 13 episod arahan Idora Abdul Rahman terbitan Global Station Sdn Bhd.

JUDUL : BUKAN KAHWIN PAKSA
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : Februari 2020
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Hannah Delisha, Danial Dashuki, Alya Iman, Oktovia Manrose, Afiq Muiz, Husna Mustaffa, Jasper Supayah, Ziela Jalil, Shah Rezza, Liza Abdullah, Watie Sadali , Dhia Irdina, Qistina Khaled

WATAK PELAKON
Kamal Adli sebagai Izz Rizqin (Uda)
Hannah Delisha sebagai Dara Safiya
Danial Dashuki sebagai Ryan
Alya Iman sebagai Ariyana  
Oktovia Manrose sebagai Nita
Afiq Muiz sebagai Azz Rizqin
Husna Mustaffa sebagai Tiz
Jasper Supayah sebagai Vee
Dhia Irdina sebagai Elly

SINOPSIS BUKAN KAHWIN PAKSA
Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Izz Rizqin mengorbankan cintanya demi keluarganya. Membawa diri selepas kekasihnya, Ariyana ditunangkan dengan abang long Azz Rizqin. 

Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. 

Kedua-dua keluarga mereka mencadangkan calon pilihan dan mereka bersetuju. Tanpa mengenali mereka hanya akan berjumpa di hari pernikahan.

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow