Sinopsis Filem Kron

Saksikan filem fiksyen berjudul KRON arahan Opie Zami yang akan ditayangkan di pawagam mulai 22 Ogos 2019.

TAJUK : KRON
Tarikh Tayangan : 22 Ogos 2019
Genre : Fiksyen / Misteri
Pengarah : Opie Zami
Penulis Skrip : M. Hitler Zami / Opie Zami
Produksi : Opy Global Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Zahiril Adzim, Dayana Roza, Aman Graseka, Mamak Puteh, Ellie Suriati, Juhara, Cat Farish, Bohari Ibrahim, Ruminah Sidek, Ahmad Idham, Johara Ayob

WATAK PELAKON
Dayana Roza sebagai Suri
Zahiril Adzim sebagai Sham
Aman Graseka sebagai Professor Daud
Mohamad Ikhtiarudin @ Mamak Puteh sebagai Pian
Ellie Suriati Omar sebagai  Bonda Iring
Opie Zami sebagai Kitoi /Ketoi
Bohari Ibrahim sebagai Tok Batin
Ruminah Sidek sebagai Nenek Suri
Ahmad Idham sebagai Amri
Cat Farish sebagai Dr Hamid
Johara Ayob sebagai Professor Mariana

SINOPSIS KRON
Mengisahkan Profesor Daud (Aman Graseka) seorang pengkaji sejarah di sebuah muzium di Kedah dan pembantunya Sham (Zahiril Adzim) mahu melakukan pengembaraan menjejaki laluan Raja Siam untuk membawa bunga emas dan perak ke negaranya. Namun begitu, dia tidak mendapat kebenaran daripada pihak atasannya kerana khuatir dengan bahaya yang menimpa.

Bagaimanapun, kehadiran seorang ahli perniagaan bernama Melur Seri (Dayana Roza) telah menguatkan lagi hasrat dan cita-cita Profesor Daud memandangkan segala kos pengembaraan akan ditanggung oleh Melur Seri. Manakala, Pian (Mamak Puteh) seorang pengarah televisyen paranomal yang telah mendapat tahu tentang pengembaraan tersebut menawarkan diri untuk merakam semua aktiviti  secara percuma.

Pada mulanya, semua perjalanan berjalan lancar dan mereka telah menemui pemulaan laluan yang bersejarah itu. Namun, sebaik sahaja sampai di pertengahan jalan, pandangan mereka dikaburkan dan mereka telah masuk ke laluan yang salah, sehingga kesemuanya diganggu dan diburu oleh makhluk misteri iaitu KRON.

Kron mengisahkan Branto, Lanun yang ditakuti di zamannya telah mengesan laluan hulubalang siam untuk membawa pulang 'Bunga Emas' dari Kerajaan Kedah. Demi untuk menyelamatkan Bunga Emas tersebut 'Bonda Iring' telah menyeru semangat hutan untuk membantu mengalahkan Branto dan kuncunya. Namun dasar syaitan tidak kenal tuan dan kawan. Maka Bonda Iring terpaksa mengenakan sumpahan kepada Kron yang mana keturunannya sahaja yang akan dapat membebaskan Kron.