Drama Lelakimu Yang Dulu (TV3)

Lelakimu Yang Dulu

Nantikan drama adaptasi novel 'Lelakimu Yang Dulu' karya Farah Darianna di slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose. Ditayangkan bermula 19 September 2019, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.

JUDUL : LELAKIMU YANG DULU
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 19 September 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Farah Darianna
PENULIS SKRIP : Rozie Rahid & Amka Ahmad
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Arryyan Petra, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Syafnida Shuhaimi, Dato Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee, Omar Abdullah, Rosnah Johari, Hamidah Wahab, Tash Yong, Rizzuan Rosli, Hanim Shaari

WATAK PELAKON 
Sharnaaz Ahmad sebagai Hazrul
Nelydia Senrose sebagai Daliya
Redza Rosli sebagai Nazli
Nadia Brian sebagai Zana
Reen Rahim sebagai Fayqa
Ungku Hariz sebagai Idlan
Syafnida Shuhaimi sebagai Nina
Azizah Mahzan sebagai Maryam
Jalaludin Hassan sebagai Haji Fuad
Dian P.Ramlee sebagai Hajah Dian
Rizzuan Rosli sebagai Ikhwan
Tash Yong sebagai Marina
Rosnah Johari sebagai Puan Shida

LAGU TEMA / OST 
Tajuk : Takdir Tercipta
Penyanyi : Hafiz Suip feat Adira Suhaimi
Youtube : youtu.be/BnRYjDLFCNg

SINOPSIS LELAKIMU YANG DULU
Mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul dan Daliya apabila mereka terpisah selepas Hazrul ditangkap di atas cubaan merogol. Selepas Hazrul ditangkap, Daliya bertemu Hazrul dan ingin mendapatkan penjelasan terus dari suaminya itu. Namun, Hazrul masih mendiamkan diri.

Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan berbuat demikian. Daliya mengambil keputusan untuk membawa diri. Beberapa bulan kemudian, Daliya masih buntu memikirkan masa depannya lebih-lebih lagi dia disahkan mengandung. Namun, kandungannya itu dirahsiakan daripada Hazrul. Daliya ditemukan dengan Nazli, Zana, dan Ibu Maryam apabila Daliya pengsan selepas hampir dilanggar oleh kereta milik Nazli.

Kehidupan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam sekeluarga. Dia bekerja sebagai tukang jahit di kilang langsir Ibu Maryam. Kehadiran Daliya disenangi, lebih-lebih lagi oleh Nazli apabila dia mula ada hati dengan Daliya. Berlainan pula dengan Zana, dia tidak suka pada Daliya dan cemburu dengan layanan baik keluarganya terhadap Daliya.

Selepas dua tahun, Hazrul dan Daliya ditemukan semula. Anak yang dirahsiakan itu akhirnya diketahui oleh Hazrul. Hazrul berusaha untuk memiliki anak mereka, Isyraf untuk membalas dendam pada Daliya. Bagi Hazrul, Daliya adalah isteri yang tidak setia. Daliya meninggalkannya sewaktu dia kehilangan segalanya. Adakah rasa dendam akan terus mengatasi rasa cinta Hazrul buat Daliya? Dapatkah Daliya menerima Hazrul kembali?

GAMBAR PELAKON
Lelakimu Yang Dulu
Pelakon Lelakimu Yang Dulu
Pelakon drama Lelakimu Yang Dulu