Atas Satu Janji (TV3)

Atas Satu Janji

Saksikan telefilem Atas Satu Janji lakonan Amar Baharin, Sasqia Dahuri dan Risteena Munim pada 27 Julai (Sabtu), pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : ATAS SATU JANJI
WAKTU SIARAN : Sabtu, 27 Julai 2019, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Azlina Pa'wan
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : Medyavizyon
PELAKON : Amar Baharin, Sasqia Dahuri, Risteena Munim, Putri Luvvna Wilma

SINOPSIS ATAS SATU JANJI
Ara, dibesarkan oleh ayahnya, Amar setelah ibunya, Murni meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Amar terlalu mencintai arwah Murni. Keluarga Amar mula memikirkan tentang Ara yang kian membesar dan perlu mendapat kasih sayang seorang ibu. Lalu mereka menyarankan Amar untuk berkahwin lagi.

Amar akhirnya terpaksa memungkiri janjinya untuk berkahwin dengan Maria, gadis pilihan ibu bapanya. Dia berbuat demikian demi Ara. Namun Ara sebenarnya tidak setuju kerana tidak ingin berkongsi kasih sayang dengan orang lain. Maria kini sedar yang Ara menjadi ‘musuhnya’. Tapi dia seadanya upaya cuba memenangi hati Ara.

Selepas 4 bulan berkahwin, Amar meninggal dunia. Kesedihan Ara sekali lagi diragut. Kini tinggallah dia dengan ibu tirinya. Namun Ara mula tersentuh melihat Maria merapati kematian ayahnya. Namun keluarga Amar meminta izin daripada untuk menjaga Ara. Ara terkilan kerana Maria bersetuju untuk meletakkan dia di bawah jagaan atuk dan neneknya. Ara merasakan yang Maria memang membencinya.