Syawal Untuk Semah (TV3)

Syawal Untuk Semah

Telefilem khas hari raya Syawal Untuk Semah arahan Rashid Sibir akan disiarkan pada Rabu pukul 4 petang di TV3.

JUDUL : SYAWAL UNTUK SEMAH 
WAKTU SIARAN : Rabu, 5 Jun 2019, 4:00 petang
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Aidilfitri)
PENULIS SKRIP : Basri Musa
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Rashbir Media Sdn Bhd
PELAKON : Norlia Ghani, Fauziah Nawi, Fahrin Ahmad, Nabila Huda, Syazuwan Hassan

SINOPSIS SYAWAL UNTUK SEMAH 
Sikap Semah yang terlalu memanjakan Aidil membuatkannya makin lupa daratan apabila usianya semakin meningkat dewasa. Semah sanggup menjual tanah pusaka untuk menampung perniagaan Aidil namun dihalang oleh ibu saudaranya, Mak Timah. Aidil sakit hati dengan Mak Timah yang dianggap cuba mengawal hidup mereka. Aidil tekad mengajak ibunya tinggal dengannya di bandar dan menghasut ibunya dengan mengatakan bahawa Mak Timah tidak ikhlas untuk membantu mereka selama ini. Hubungan Mak Timah dengan Semah yang sebelum ini sangat rapat menjadi kian renggang sejak daripada kejadian itu.

Lagu: Erti Bahagia
Artis: Kump. Devotees

Syawal Untuk Semah tv3
Pelakon telemvie Syawal Untuk Semah