Drama Iktibar (TV3)

Iktibar tv3

Drama Iktibar akan membawakan kisah pengajaran yang berlainan setiap minggu sepanjang bulan Ramadan. Akan bersiaran setiap Sabtu bermula 4 Mei pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : IKTIBAR
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 4 Mei 2019
WAKTU SIARAN : Sabtu, 9:00 malam
SIARAN TV : TV3
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Bade Hj Azmi
PRODUKSI : A. Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Nabila Huda, Nasha Aziz, Nazim Othman, Hisyam Hamid, Syazuwan Hassan, Fouziah Gous, Azrel Ismail, Nadia Brian, Nina Iskandar, Anis Al-Idrus, Firdaus Ghufran, Oktovia Manrose, Amar Ashraf, Wan Sharmila, Fahrin Ahmad, Izzy Reef, Taufiq Hanafi, Adam Shah, Reza Hasbi, Sherie Merlis, Raffael Lee, Azlan Mokhtar, Qistina Raisah, Adiba Yunus, Afzan A.Rahman, Bell Ngasri, Amir Nafis, Naim Shamshol, Ain Edruce, Nafiz Muaz, Didie Alias, Aida Khalida, Harris Annuar, Elisya Sandha, Bella Dowanna, Zee Zainal, Nik Adam Mika, Azhan Rani, Jaja Iliyes

LAGU TEMA 
Syamel - Maafkanlah

EPISOD: Banduan Muda, Taubat Seorangs Samseng, Maafkan Ibu Anak Ku, Korban Cinta, Mesej Dari Penjara, Keldai Dadah, Kaki Trend

SINOPSIS IKTIBAR

EPISOD 1 : BULI JADIKAN AKU PEMBUNUH
Pelakon : Hisyam Hamid, Izzy Reef, Syamim, Watie Sadali, Taufiq Hanafi, Naim Shamsol
Sinopsis : Azrul bekerja sebagai cikgu di sekolah integriti dalam penjara untuk calon pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Di dalam kelas tersebut, Azrul tertarik dengan seorang banduan bernama Roy yang sering dilihat berseorangan dan muram. Hasil daripada temubual Azrul dengan Warden, tahulah Azrul bahawa Roy merupakan tahanan di bawah umur yang telah disabitkan atas kesalahan membunuh seorang rakan sekelasnya.  Roy makin rasa bersalah kerana ibu bapanya meninggal dunia selepas kejadian itu dan dia telah menyebabkan dua orang adiknya hilang tempat berkasih sayang.


EPISOD 2 : KORBAN CINTA
Pelakon : Nabila Huda, Wan Sharmila, Syazuwan Hassan
Sinopsis : Kisah Fatimah (40), merupakan Warden penjara wanita. Setiap hari Fatimah akan berhadapan dengan ramai banduan yang mempunyai cerita tersendiri.



EPISOD 3 : DERITA DI SEBALIK NAFSU
Pelakon : Nasha Aziz, Silfeny Osman, Ain Edruce, Nafiz Muaz
Sinopsis : Kay (20), baru masuk penjara dan sedang menunggu keputusan pemeriksaan kesihatannya. Doktor Zaharah maklumkan dia positif HIV. Kay meraung dan trauma dengan menyalahkan kekasihnya.


EPISOD 4 : KEMANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI
Pelakon : Didie Alias, Aida Khalida
Sinopsis : Ustazah Aminah, salah seorang guru JAKIM yang bekerja dia salah sebuah penjara. Di sana, dia amat tertarik dengan kisah Mami Maria (60), seorang bekas pelacur, bekas mak ayam dan penagih dadah.


EPISOD 5 : RAGUT KASIH
Pelakon : Firdaus Ghufran, Fahrin Ahmad, Afzan A.Rahman
Sinopsis : Badrul ialah pensyarah yang menyediakan pembelajaran kepada banduan yang berminat. Di situ, dia berkenalan dengan seorang banduan bernama EMIL yang terjebak dalam kes samun bersenjata.


EPISOD 6 : KERANA CEMBURU
Pelakon : Fouziah Ghous, Shahz Jaszle
Sinopsis : Habsah (46), Pembantu Pengajar bengkel membuat kek dan pastries di penjara, sering mendengar cerita tentang Amitha (40-an), banduan yang dijatuhkan hukuman membunuh tanpa niat.


EPISOD 7 : TABUAT SEORANG SAMSENG
Pelakon : Adam Shahz, Fauzi Nawawi, Faha, Sherie Merlis


EPISOD 9 : AKIBAT GILA GAJET
Pelakon : Azhan Rani, Jagen, Norlia Ghani, Nafiez Zaidi, Nik Adam Mika

EPISOD 10 : KERANA BARAN TETAK BAPA
Pelakon : Dai Hakim, Aizat Hassan, Ridzuan Hashim, Azrel Ismail, Shah Azri
Sinopsis : Naim (30), seorang Ustaz di salah sebuah penjara. Suatu hari selepas dia memberi ceramah, dia didatangi oleh seorang banduan, Rahim (25) yang baru sahaja dijatuhi hukum kerana menetak bapanya.