Sinopsis Filem Sangkar (2019)

Sangkar

Filem MMA (Mixed Martial Arts) Melayu pertama Malaysia, SANGKAR akan berada di pawagam bermula 29 Ogos 2019. Menampilkan lakonan Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah dan atlet MMA terkenal James “Sledgehammer” Mcsweeney. Filem kolaborasi empat penerbit filem iaitu Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment.

TAJUK : SANGKAR
Tarikh Tayangan : 29 ogos 2019
Genre : Aksi
Skrip : Mira Mustaffa
Pengarah : Kabir Bhatia
Terbitan : Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold, mm2 Entertainment 
Pelakon : Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Achey Bocey, Fadlan Hazim, James Mcsweeney, Carliff Carleel, Andy Teh, Rashid Salleh, Ray Era, Nik Adam Mika, Niezam Zaidi, Arman Graseka

SINOPSIS FILEM SANGKAR 
Mengisahkan tentang Adam, seorang pejuang MMA yang angkuh, telah memenangi sebuah pertarungan dengan taktik kotornya. Apabila dicabar di luar Sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan pihak lawannya, Johan. Adam dibelenggu rasa bersalah dan risau kerana Johan tahu bahawa dialah punca menyebabkan kecederaan itu. Tetapi lama kelamaan, Adam secara tidak sengaja telah menjadi sebahagian daripada hidup Johan. Dia kemudian mendapat tahu kecederaan yang telah menimpa Johan itu telah menyebabkan Lea dan Reza, ahli keluarga Johan hilang punca rezeki dan harapan. Mampukah Adam menebus kesalahannya demi masa depan Johan dan adik-adiknya?



Filem Sangkar