Dulang Boy (TV3)

Dulang Boy

Saksikan telefilem sempena DFKL 2091 bertajuk 'Dalang Boy' lakonan Mimi Lana, Armand Ezra dan Indah Emeerlda pada Sabtu, 9 Mac pukul 9.30 malam di TV3.

JUDUL : DULANG BOY
WAKTU SIARAN : Sabtu, 9 Mac 2019, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
IDEA ASAL : Nur Izni Binti Jamaludin
PENGARAH : Megat Sharizal
PRODUKSI : Konda Kondi Studios
PELAKON : Armand Ezra, Mimi Lana, Indah Emeerlda, Asmidar, Anas Ridzuan, Ungku Hariz, Azman Hassan, Naque Ariffin, Fathi Kamil

SINOPSIS DULANG BOY
Malam sebelum majlis akad nikah Kak Ros, adiknya Kerol Lazania (KL), 10 tahun dipanggil untuk membuat raptai angkat dulang. Kerol ditugaskan untuk mengangkat dulang kasut yang akan diberikan kepada pengantin lelaki. Kasut yang diangkatnya itu ialah kasut idamannya. 

Pada pagi pernikahan, ketika semua orang sedang sibuk buat persiapan, KL dan kawan baiknya, Yoyo, secara senyap-senyap meminjam tanpa izin kasut itu untuk mengambil gambar. Sambil mereka bergambar di padang, KL terpijak lecak dan mengotorkan kasut itu. Dia dan Yoyo cuba mencucinya. Macam-macam cara mereka guna sehingga kasut itu terkoyak.