Sinopsis Filem Misteri Dilaila

Misteri Dilaila

FILEM : MISTERI DILAILA
TARIKH TAYANGAN : 21 Februari 2019
GENRE : Seram, Misteri
PENGARAH : Syafiq Yusof
PRODUKSI : Skop Productions Sdn Bhd & Astro Shaw Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan, Rosyam Noor, NamRon, Mas Khan, Iz Sulaini, Kenji Sawahii, Nafiez Zaidi

SINOPSIS MISTERI DILAILA
Pasangan suami isteri, Jefri dan Dilaila bercuti di sebuah rumah banglo di Fraser Hill, Pahang milik arwah bapa Dilaila. Malam pertama di rumah tersebut, Jefri telah diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Keesokan harinya, Jefri mendapati isterinya sudah hilang. Jefri yang risau dengan keselamatan isterinya terus menghubungi pihak polis untuk mengesan Dilaila. 

Imam Aziz muncul dengan berita gembira memaklumkan Dilaila sudah dijumpai dan berada dalam keadaan selamat. Jefri yang pada mulanya berasa lega kini terkejut dengan kepulangan isterinya kerana wanita yang muncul bersama Imam Aziz adalah orang lain yang mengaku dirinya adalah Dilaila, isteri Jefri. Persoalannya siapakah yang betul dan siapakah yang salah dalam situasi ini?