Drama Cekelat Honey (Astro Citra)

Cekelat Honey

Nantikan drama bersiri Cekelat Honey yang menampilkan gandingan Siti Nordiana, Fikry Ibrahim dan Zarul Husin. Drama arahan Hadith Omar ini disiarkan bermula 4 Disember 2018 setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 9 malam di Astro Citra. 

JUDUL : CEKELAT HONEY & RED VELVET
JUMLAH EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 4 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Selasa-Khamis, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Citra HD 126
IDEA ASAL : Azni Ishak
PENULIS SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Hadith Omar
PRODUKSI : Nad's Media Productions
PELAKON : Fikry Ibrahim, Siti Nordiana, Zarul Husin, Intan Sarafina, Nonny Nadirah, Syura, Azhar Sulaiman, Zulin Aziz, Taufiq Hanafi, Fauziah Nawi, Amanda Hariz, Danish Hazriq, Dafi Ismail, Daaim Jailani, Susan Manen

WATAK PELAKON 
Fikry Ibrahim sebagai Adam
Siti Nordiana sebagai Maya
Zarul Husin sebagai Rayyan Harris
Zulin Aziz sebagai Jiha
Nonny Nadirah sebagai Anita
Saidi Sabri sebagai Danial
Syura sebagai Nina
Sham Visa sebagai Saiful
Fauziah Nawi sebagai Sufiah
Taufik Hanafi sebagai Ben
Dafi Ismail sebagai Zen
Azhar Sulaiman sebagai Suffian
Intan Sarafina sebagai Amira
Daaim Jailani sebagai Xavier
Susan Manen sebagai Datin Maisarah 

SINOPSIS CEKELAT, HONEY & RV
Mengisahkan bibit pertemuan antara Adam dan Maya. Adam jatuh cinta pada Maya namun harus bersaing dengan Rayyan Harris, seorang penyanyi yang juga menyukai Maya.

Kerana tertekan setelah bercerai dengan Danial, Maya mula mengabaikan kafe hingga menyebabkan Adam dan Rayyan jadi terganggu kerana tidak dapat menikmati makanan kegemaran mereka. Adam dan Rayyan beria mahu Maya mendapatkan kembali magisnya membuat pastri kerana tanpanya, hidup Adam akan dipenuhi tekanan dan Rayyan akan hilang sumber inspirasi untuk menulis lagu.

Adam dan Rayyan tidak berterus terang tapi saling mengingatkan sesama mereka supaya tidak melukakan hati Maya tapi dalam diam mereka bersaing. Maya pula serik untuk mempunyai sebarang perhubungan.

Cekelat Honey