Drama Senafas Rindu

Senafas Rindu

Nantikan drama adaptasi novel Senafas Rindu karya Damya Hanna yang bakal menghiasi slot MegaDrama di Astro Ria. Drama arahan Amor Rizan ini menemukan gandingan Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan. Bakal menemui penonton bermula 4 Februari 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 123.

JUDUL : SENAFAS RINDU
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 4 Februari 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS NOVEL : Damya Hanna
PENULIS SKRIP : Rozie Rashid & Amka Ahmad
PENGARAH : Amor Rizan
PRODUKSI : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Kahoe Hon, Alya Iman, Wan Sharmila, Josiah Lim, Nelissa Edreena, Sharul Kamal, Alif Hadi, Janet Khoo, Arash Mohd, Liza Abdullah, Azizah Mahzan, Louisa Alissa Chong, Fazreen Rafi, Zarina Zainorddin, Mimi Ernida

WATAK PELAKON 
Syafiq Kyle sebagai Fariz Ashman
Elizabeth Tan sebagai Vivianna @ Siti Nur Ain
Kahoe Hon sebagai Kelvin
Alya Iman sebagai Shafika
Josiah Lim sebagai Patrick
Sharul Kamal sebagai Munir
Nelissa Edreena sebagai Azila
Wan Sharmila sebagai Athirah
Arash Mohd sebagai Dato Zainol
Liza Abdullah sebagai Datin Maznah
Azizah Mahzan sebagai Tun Afifah @ Uwan
Zarina Zainorddin sebagai Marina
Alif Hadi sebagai Martin
Janet Khoo sebagai Cindy
Fazreen Rafi sebagai Kamal
Mimi Ernida sebagai Dila
Louisa Alissa Chong sebagai Belinda

LAGU TEMA / OST 
Eza Edmond – Bahagia

SINOPSIS SENAFAS RINDU
Kisah Fariz Ashman dan Vivianna (Anne) yang mana masing-masing mempunyai pengalaman pahit dalam percintaan. Fariz pernah bercinta dengan Shafika di alam persekolahan tetapi dihalang oleh ibunya sendiri. Vivianna pula dipaksa berkahwin dengan Kelvin dan ditingalkan tanpa sebab.

Kemunculan Vivianna, gadis sekolejnya yang berbangsa Cina menarik perhatian Fariz. Fariz membantu Vivianna ketika dia menghadapi masalah. Mereka semakin rapat namun pelbagai halangan perlu mereka tempuhi daripada keluarga mereka. Pada masa yang sama, Shafika turut hadir menagih cinta Fariz.

Fariz akhirnya nekad membawa Vivianna memasuki Islam dan mengahwininya. Namun begitu, ibu Fariz, Maznah dan kakaknya, Marina enggan menerima Viviana atau nama islamnya Siti Nur Ain. Nenek Fariz, Tun Afifah banyak mendorong Vivianna menjadi sabar dan tabah dalam rumah tersebut.

GAMBAR PELAKON
Senafas Rindu

Pelakon Senafas Rindu
Pelakon drama Senafas Rindu