,

Drama Rahasia Kasih (ntv7)

October 27, 2018

Rahasia Kasih

Drama bersiri arahan Jamal Khan bertajuk Rahasia Kasih bakal mengisi slot Glamadrama di ntv7. Menampilkan gandingan Nadia Brian dan Isa Khan. Bakal menemui penonton pada 30 Oktober, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 8:30 malam.

JUDUL : RAHASIA KASIH
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 30 Oktober 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot GlamaDrama (ntv7)
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Nadia Brian, Isa Khan, Syida Melvin, Mathni Razak, Ruzana Ibrahim, Hafiz Nolan, Abby Nour,Fizi Amer, Hasnul Rahmat, Wilma Muhammad, Catriona Ross, Indah Emeerlda

WATAK PELAKON
Isa Khan sebagai Nazmi
Nadia Brian sebagai Alina
Mathni Razak sebagai Shahrul
Ruzana Ibrahim sebagai Melinda
Syida Melvin sebagai Adeeba
Hasnul Rahmat sebagai Dato Ariffin
Wilma Muhammad sebagai Datin Syuhada
Catriona Ross sebagai Nailis
Raja Azmi sebagai Puan Azza
Kenji Sawahii sebagai Stevan
Hafiz Nolan sebagai Shaiful
Abby Nour sebagai Suhaila
Indah Emeerlda sebagai Nikina
Fizi Amer sebagai El

LAGU TEMA / OST 
Hanya Kata - Qody Rany
Kepuraanmu - Qody Rany

SINOPSIS RAHASIA KASIH
Mengisahkan latar belakang keluarga Nazmi (Isa Khan) iaitu anak tiri kepada Datuk Ariffin (Hasnul Rahmat) yang telah berkahwin dua secara diam-diam. Semua rahsianya terbongkar apabila Datuk Ariffin meninggal dunia, lantas menjadi tamparan hebat buat isteri pertamanya, Datin Syuhada (Wilma Muhammad) setelah nama Nailis (Catriona Ross) selaku isteri kedua dan anaknya Nazmi tersenarai dalam wasiat Datuk Ariffin untuk dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikatnya, manakala Nailis pula menjadi penasihat.

Datin Syuhada mempunyai tiga orang anak bersama Datuk Ariffin – Shahrul (Mathni Razak), Syaiful (Hafiz Nolan), dan Suhaila (Abby Nour). Shahrul merupakan anak sulung Datin Syuhada dan dia tidak begitu berminat dengan perniagaan keluarganya. Bukan itu sahaja, Shahrul juga terpaksa berkahwin dengan wanita pilihan ibunya iaitu Melinda (Ruzana Ibrahim), meskipun sudah memiliki kekasih hati bernama Adeeba (Syida Melvin).

Anak perempuan mereka Suhaila sering membuat hal sendiri dan dia tidak sehaluan dengan kakak iparnya Melinda. Syaiful pula disahkan menghidap penyakit bipolar dan sering rasa diabai oleh keluarga sendiri. Hidup Syaiful mula berubah menjadi lebih indah selepas dia berkenalan dan mula jatuh hati dengan Alina yang akhirnya pulang ke Malaysia demi menyelesaikan sebuah misi.

Siapa sangka, Alina (Nadia Brian) akan bertemu dengan Nazmi sekali lagi selepas kembali di Malaysia, dan dia mula mempunyai perasaan terhadap Nazmi. Konflik bertambah keruh apabila Nazmi telah jatuh hati dengan bekas kekasih Shahrul iaitu Adeeba, serta hadirnya orang ketiga yang sering menghasut dan ingin mengambil kesempatan untuk meretakkan lagi hubungan keluarga ini.

Keadaan menjadi semakin rumit, apakah kesudahan konflik keluarga ini? Adakah Alina akan terus menaruh hati terhadap Nazmi, atau adakah Nazmi tetap akan bersama dengan Adeeba?

GAMBAR PELAKON
Pelakon Rahasia Kasih
barisan pelakon drama Rahasia Kasih
Rahasia Kasih

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow