,

Telefilem Di Sisi (TV1)

September 10, 2018

Di Sisi

Saksikan telefilem khas sambutan Mall Hijrah bertajuk "Di Sisi" karya Wan Afzam Wan Daud. Lakonan Aidil Rafiq, Ruzaidi Rahman, Aman Graseka dan ramai lagi. Akan ditayangkan di TV1 pada Isnin, 10 September pukul 9.00 malam.

JUDUL : DI SISI
WAKTU SIARAN : Isnin, 10 September 2018, 9:00 malam 
SIARAN TV : TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Amin Masyhur
PENGARAH : Wan Afzam Wan Daud
TERBITAN : Unit Drama TV RTM
PELAKON : Aidil Rafiq, Ruzaidi Rahman, Aman Graseka, Bohari Ibrahim, Rosnah Johari, Kamal Bakar, Nur Farahaizah Ahmad Zaharuddin, Raihan Kamal Bakar, Fariz Isqandar, Darren dan Rosli Mad Zin

SINOPSIS DI SISI
Kisah Udin (15 tahun), menjaga ayahnya yang lumpuh separuh badan. Walaupun sering dimarahi, Udin tidak melawan dan akur dengan setiap yang terbit daripada mulut ayahnya. Malah dia terus sabar mengurus dan menjaga Pak Jali yang lumpuh separuh badan. Di rumah dilihat Udin seorang budak yang kurang berbicara, manakala diluar pula Udin dilihat sebagai seorang budak yang banyak mulut. Kerajinan Udin amat disenangi oleh penduduk disitu

Di laluan lorong-lorong rumah ke warung, Udin sering bersembang dengan Mak Mah. Mak Mah walaupun kasar bahasanya, tapi sering menasihati Udin tentang Pak Jali. Sehinggalah satu hari berlaku konflik dimana Udin didatangi oleh sekumpulan budak sebayanya yang tidak puas hati dengan tindakan Udin melaporkan kegiatan mereka kepada penghulu. Jali tahu Udin dipukul, namun dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Lebih parah lagi budak-budak tadi mengulangi perbuatan mereka terhadap Udin, seperti satu hiburan Udin dibuli.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow