Drama Seribu Rindu (TV3)

Seribu Rindu

Nantikan drama bersiri Seribu Rindu yang menemukan gandingan Zul Ariffin dan Azira Shafinaz selaku teraju utama. Drama terbitan produksi Orangetree Production Sdn Bhd dibawah arahan Zamri Zakaria. Akan menemui penonton di slot Akasia mulai 12 November, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.

JUDUL : SERIBU RINDU
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 November 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
IDEA ASAL : Raja Azidah
PENULIS SKRIP : Siti Solehah, Raja Azidah, Anina Sahal, Eja Lorena, Shida Zali, Amin Shakib
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Mona Allen, Ku Fridah, Fadlan Hazim, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Julia Farhana Marin, Ainul Aishah, Doria Rachel Jolly

WATAK PELAKON 
Zul Ariffin sebagai Irfan
Azira Shafinaz sebagai Maisarah
Fadlan Hazim sebagai Dr Airel
Mona Allen sebagai Damia
Ku Fridah sebagai Tokma
Fazlina Ahmad Daud sebagai Fatimah
Hafizuddin Fadzil sebagai Dato Sri Johari
Zaefrul Nordin sebagai Dato Muiz
Aman Graseka sebagai Husin
Harris Baba sebagai Johan
Ainul Aishah sebagai Aisyah
Doria Rachel Jolly sebagai Linda
Natrah Khalid sebagai Nurse Rita
Jonathan Putra sebagai Jonathan 

LAGU TEMA / OST 
Alyah - Jutaan Purnama

SINOPSIS SERIBU RINDU
Mengisahkan percintaan tiga segi antara Zul Ariffin (Irfan), Maisarah (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim). Cinta Maisarah dan Airel yang telah bersemai sejak zaman universiti lagi terhalang apabila, bapa Airel, Datuk Muiz merancang mahu menyatukan Ariel dan Damia, anak Datuk Sri Johari rakan perniagannya. Maisarah merasakan dirinya dipermainkan. Airel pula mempersoalkan tindakan ayahnya yang langsung tidak berbincang dengannya. Damia juga mempersoalkan perkara yang sama kepada DS Johari dia mahu mencari calon suami yang sealiran dengan kerjaya dia.

Maisarah kecewa lalu pulang ke kampung dan meluahkan rasa sedihnya kepada Tokma dan Irfan. Irfan rakan baiknya sejak kecil merupakan seorang Chef. Irfan sering berulang alik belajar memasak bersama Tokma, nenek kepada Maisara. Tidak mahu kehilangan Maisarah yang terus bersedih, Irfan membuat keputusan untuk melamar Maisarah di saat hubungan Maisarah dan Airel berantakan. Maisarah terkejut kerana dia tidak pernah menyangka Irfan yang sudah dianggap abang telah lama menaruh perasaannya.

Akhirnya, Maisarah menerima lamaran Irfan setelah membuat solat istikharah. Airel kecewa dengan keputusan Maisarah. Dia sakit hati kerana sebelum ini Maisarah sering menafikan dia juga sukakan Irfan dan mengatakan mereka sekadar kawan baik sahaja.

Sepanjang perkahwinan mereka, Irfan menjaga Maisarah bagai seorang permaisuri. Semua permintaan Maisarah akan dituruti. Suatu hari ketika ingin membeli makanan yang diidamkan oleh Maisarah yang sedang hamil, Irfan ditimpa kemalangan dan disahkan lumpuh. Walaubagaimanapun, Irfan masih boleh dirawat dengan penjagaan rapi oleh doktor pakar di hospital.

Konflik tercetus, apabila Airel adalah doktor yang bertanggungjawab bagi membantu proses penyembuhan Irfan. Irfan merasakan masih ada sisa cinta di hati Maisarah buat Airel. Irfan mula menjauhkan diri kerana beranggapan Maisarah hanya bersimpati dengan keadaanya yang lumpuh.

Adakah Maisarah akan kembali dibuai perasaan cintanya terhadap Airel atau tetap memilih Irfan yang setia?

GAMBAR PELAKON
Seribu Rindu

Pelakon Seribu Rindu
Pelakon drama Seribu Rindu