Mimpi Sumi (ntv7)

Mimpi Sumi

Jangan lupa saksikan telefilem Mimpi Sumi yang dibintangi oleh Sazzy Falak, Redza Rosli dan Alyssa Dezek. Kisah mengenai pedofilia yang ditulis oleh Abdul Nasir Abdul Khalil dan diarahkan oleh Raja Mukhriz. Akan ditayangkan di ntv7 pada Ahad, 19 Ogos jam 8:30 malam. 

JUDUL : MIMPI SUMI 
WAKTU SIARAN : Ahad, 19 Ogos 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna ntv7
PENULIS SKRIP : Abdul Nasir Abdul Khalil
PENGARAH : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin
TERBITAN :  Aquila Emas Sdn Bhd
PELAKON : Sazzy Falak, Redza Rosli, Aryannya Alyssa Dezek, Melanie Tan, Zizan Nin,

SINOPSIS MIMPI SUMI
Keluarga baru Daniella cukup bahagia apabila anaknya Eyda dan suami barunya Asyar kelihatan serasi bersama. Tidak lama setelah menyambut ulangtahun perkahwinan pertama mereka, bekas suami Daniella, Haikal muncul kembali untuk menuntut hak lawatan terhadap anaknya.

Tragedi tiba-tiba melanda apabila pada suatu hari Eyda tergelincir dari tingkap banglo (ketika berseorangan di rumah) dan meninggal dunia. Siasatan menunjukkan bahawa ianya adalah akibat kemalangan.

Daniella bertarung untuk menghadapi situasi kehilangan anak tunggalnya. Tekanan yang diterimanya mengakibatkan dia kemurungan, mula berhalusinasi, mengalami episod-episod 'blackout' sehinggalah dia seperti cuba membunuh diri. Mujurlah Asyar cukup tenang, bersabar dan mencuba pelbagai usaha untuk memberikan kekuatan dan perangsang agar Daniella kembali pulih.

Mimpi Sumi