Drama Lelaki Kiriman Tuhan

Lelaki Kiriman Tuhan

Nantikan drama adaptasi novel Lelaki Kiriman Tuhan karya Umie Nadzimah yang akan disiarkan di slot Raihana saluran Astro Oasis. Menampilkan gandingan baru Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai teraju utama. Drama bersiri arahan Rashid Sibir, terbitan Zeel Production. Bakal menemui penonton bermula 1 Oktober, setiap hari Isnin pukul 9 malam di Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).

JUDUL : LELAKI KIRIMAN TUHAN
JUMLAH EPISOD : 18 episod
TARIKH TAYANGAN : 1 Oktober 2018
WAKTU SIARAN : Isnin, 9 malam
SIARAN TV : Slot Raihana (Astro Oasis 106 & Maya HD 135)
PENULIS SKRIP : Mufid Shuhaimi
PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Mira Filzah, Kartina Aziz, Isyariana, Harris Anuar, Uyaina Arshad, Talha Harith, Mak Jah, PU Azman, Rozita Che Wan, Jasmin Hamid, Jesse Lim, Hairi Safwan, PU Riz, Maria Farida, Jason Chong, Norlia Ghani, Dato Jalaluddin Hassan

WATAK PELAKON 
Remy Ishak sebagai Iqbal Raid
Mira Filzah sebagai Naira
Kartina Aziz sebagai Umi
Harris Anuar sebagai Faris
Isyariana sebagai Zeenat
Uyaina Arshad sebagai Maryam
Jesse Lim sebagai Ah Seng
PU Azman sebagai Cik Muiz
Rozita Che Wan sebagai Kak Bed
Jasmin Hamid sebagai Datin Maria 

LAGU TEMA / OST 
Kisah Ku Inginkan - Dato' Siti Nurhaliza & Judika

SINOPSIS LELAKI KIRIMAN TUHAN
Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.

Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.

Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?

Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat?

GAMBAR PELAKON
Lelaki Kiriman Tuhan

Pelakon Lelaki Kiriman Tuhan
Pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan