KL Gangster Underworld (iflix)

KL Gangster Underworld

Iflix dengan kerjasama Skop Production hadir dengan drama aksi bertajuk KL Gangster Underworld (KLGU) yang membariskan pelakon-pelakon ternama tanah air antaranya Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Nabila Huda, Azhan Rani, Hasnul Rahmat, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar dan Amerul Affendi. Drama siri 6 episod ini diarahkan oleh Faisal Ishak dan skrip oleh Nazri Vovinski Annuar. KL Gangster Underworld akan disiarkan secara percuma di kesemua platform digital iFlix bermula 16 Ogos 2018.

JUDUL : KL GANGSTER UNDERWORLD
JUMLAH EPISOD : 6 episod
TARIKH : 16 Ogos 2018
PENULIS SKRIP : Nazri Vovinski Annuar 
PENGARAH : Faisal Ishak
TERBITAN : Skop Productions
PELAKON : Beto Kushairy, Ezzaty Abdullah, Nabila Huda, Hasnul Rahmat, Azhan Rani, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Amerul Affendi, Fezrul Khan, Jasmine Suraya Chin, A.Galak, Daniella Sya, Fikhree Bakar

WATAK PELAKON 
Beto Kushairy sebagai Shah
Ezzaty Abdullah sebagai Elina
Hasnul Rahmat sebagai Zan
Nabila Huda sebagai Shameen
Azhan Rani sebagai Tauke
Zahiril Adzim sebagai Adi
Dynas Mokhtar sebagai Madam Wong
Daniella Sya sebagai Sherrina

SINOPSIS KL GANGSTER UNDERWORLD
KL Gangster Underworld bermula selepas insiden KL Gangster 1 (lakonan Aaron Aziz dan Adi Putra), semasa kongsi-kongsi gelap di Kuala Lumpur kehilangan nakhoda akibat dibunuh atau dipenjara selepas ditangkap pihak berkuasa. Masing-masing bersaing dan berbunuhan bagi merebut takhta kosong yang ditinggalkan. Pertumpahan darah, pembelotan dan sabotaj bermaharajalela sepanjang tempoh darurat ini.

Di tengah kekalutan ini, terdapat seorang ahli kongsi iaitu Shah yang ingin mengundur diri dan memulakan kehidupan baru sebagai insan biasa, namun dihalangi oleh rintangan dan aral yang melintang sehingga memaksa dia kembali bergiat dalam aktiviti haram ini. Tak tersangka, pengembalian dia ke arena kongsi gelap ini mencetus satu revolusi baru kepada dinasti kongsi gelap di Kuala Lumpur.

KL Gangster Underworld 2018