,

Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek

September 30, 2018

Cik Reen Encik Ngok Ngek

Novel The Misadventures Of Cik Reen & En. Ngok Ngek karya Maya Adira akan diadaptasi ke sebuah drama untuk slot Megadrama di saluran Astro Ria. Bakal menampilkan gandingan Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim. Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, dibawah arahan Hadith Omar. Nantikan tayangannya bermula 1 Oktober 2018, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

JUDUL : CIK REEN ENCIK NGOK NGEK
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 1 Oktober 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Megadrama (Astro Ria 104 & Ria HD 123)
PENULIS NOVEL : Maya Adira
PENULIS SKRIP : Puovin & Tommy Loh
PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Mat Over, Nashra Shah, Adrian Edy, Nabila Razali

WATAK PELAKON 
Farah Nabilah sebagai Azreen
Fikry Ibrahim sebagai Harris Zakuan
Haneesya Hanee sebagai Zaza
Iswan Ismail sebagai Iman
Scha Elinnea sebagai Izyan
Farhan Asri sebagai Iqram
Dini Schatzmann sebagai Naqib
Nabila Razali sebagai Siti
Badrul Muhayat sebagai Che Azhan
Farisha Irwayu sebagai Che Embun
Rania Humaira sebagai Anum
Nik Adam Mika sebagai Qalish

LAGU TEMA / OST
Satu Peluang - Andi Bernadee

SINOPSIS CIK REEN ENCIK NGOK NGEK
Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Bagi menutup malu, keluarga mereka mencadangkan Azreen (kakak Izyan) dan Harris (abang Iqram) untuk berkahwin bagi menggantikan majlis tersebut. 

Selepas berkahwin, mereka membuat keputusan untuk mencari Izyan dan Iqran. Kedua mereka berhasrat untuk berpisah sekiranya berjaya membawa Izyan dan Iqram pulang. Bagi Azreen cinta tidak boleh dipasak dan mengetahui Harris pula sudah ada teman hati yang didambakan iaitu Zaza. Sepanjang pengembaran mereka, Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak. 

GAMBAR PELAKON
Cik Reen Encik Ngok Ngek

Cik Reen & Encik Ngok Ngek
Pelakon drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow