Din Sardin Beraya (TV3)

Din Sardin Beraya

JUDUL : DIN SARDIN BERAYA
WAKTU SIARAN : Jumaat, 15 Jun 2018, 9:30 pagi
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Syawal)
PENULIS SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
TERBITAN : Mache Allstar United Sdn Bhd
PELAKON : Izzue Islam, Aprena Manrose, Kazar Saisi, Dalimawati, Raja Afiq, Azira Shafinaz, Bell Ngasri, Qazem Nor

SINOPSIS DIN SARDIN BERAYA
Che Ta (Mira Filzah) pula sudah tiada dan berpindah ke Johor. Hubungan mereka dah 6 bulan berakhir . Flash back din akan ceritakan punca perpisahan mereka dengan pelbagai sebab seperti perbezaan pangkat antara Din dan Che Ta. Kemudian Che Ta terlalu tegas kepada Din. Din yang jauh lebih muda daripada Che Ta, menjadikan Din tidak matang. Begitu juga sifat Din yg kuat cemburu menyebabkan Che Ta kesal. Mereka terus bergaduh, hilang keserasian dan akhirnya Din yg memutuskan perhubungan dengan Che Ta. Sejak itu Din bermurung. Kebetulan pula Che ta sudah dinaikkan pangkat ke JPJ Johor. Suatu malam, Din sedang membantu unit penguatkuasaan meronda. Ketika itu muncul Aisyah yang melarikan diri daripada rumah, seuah kereta melanggar Aisyah dan kereta itu memecut pergi. Din menyelamatkan Aisyah dan membawa Aisyah ke hospital. Sejak itu, mereka berkenalan akrab sehinggalah Aisyah dibenarkan kelaur hospital. Tetapi Aisyah tidak ada hala tuju. Din menumpangkan Aisyah ke rumah rakannya Cik Siti.