Awak Suka Saya Tak Raya

Awak Suka Saya Tak Raya

Nantikan kesinambungan drama Awak Suka Saya Tak gandingan Alvin Chong dan Emma Maembong yang bakal ditayangkan pada 6 Syawal ini pukul 7 malam di saluran Astro Ria dan Raya HD.

JUDUL : AWAK SUKA SAYA TAK RAYA
JUMLAH EPISOD : 5 episod 
TARIKH TAYANGAN : 20 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Rabu-Ahad, 7:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria dan Raya HD.
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Alvin Chong, Emma Maembong, Shah Iskandar, Aman Aziz, Fieza Jolie, Ene Shazrene, Mustapha Kamal, Susan Manen, Lennies Ang

SINOPSIS AWAK SUKA SAYA TAK RAYA
Tahun pertama perkahwinan Intan dan Hilman, juga Ramadan dan Raya pertama mereka sebagai suami isteri. Hilman telah meminta Intan untuk bercuti setahun dari kerjayanya.

Kemunculan semula Amber cuba menggoyahkan rumah tangga Intan dan Hilman. Di kelab kuda pula muncul Arman yang menunjukkan minat pada Intan.

Intan disahkan mengandung! Hilman semakin rapat dengan Amber atas alasan Amber mahu mengenali Islam. Intan kembali sebagai pensyarah di Universiti, bekerja bersama Arman.

Akibat cemburu dan salah faham, Intan telah ingkar arahan Hilman untuk tidak berkuda. Amber cuba memerangkap Arman dan Intan untuk membuat Hilman benci akan Intan.

Awak Suka Saya Tak Raya
barisan pelakon drama Awak Suka Saya Tak Raya