Drama Sejuta Rasa Buat Adelia

Sejuta Rasa Buat Adelia

Nantikan drama bersiri 'Sejuta Rasa Buat Adelia' adaptasi daripada novel 'Ulam Kasih Sambal Cinta' karya Norzailina Nordin. Menampilkan gandingan Aliff Aziz dan Daiyan Trisha selaku teraju utama. Drama romantik komedi ini diarahkan oleh Eyra Rahman. Akan disiarkan di slot Megadrama, Astro Ria mulai 25 Jun 2018, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

JUDUL : SEJUTA RASA BUAT ADELIA
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria 104 & HD 123)
PENULIS NOVEL : Norzailina Nordin
PENULIS SKRIP : Rizuan Mat Nor
PENGARAH : Eyra Rahman
TERBITAN : Mig Beats Sdn. Bhd
PELAKON : Aliff Aziz, Daiyan Trisha, Adam Lee, Elvina Mohamad, Fikhree Bakar, Jasper Supayah, Shukri Tahir, Vicha Saywho, Shah Kimin, Esma Dainal, Sabrina Ali, Zalif Sidek, Ikmal Amry, Sheila Mambo, Kartina Aziz, Anam Azizani, Faris Fitri, Nikzam Firdaus, Amreen Shukri, Akmal Rahman, Ashraf Moghni, Serena Redzuawan, Datin Khatijah Ibrahim

WATAK PELAKON 
Daiyan Trisha sebagai Adelia Naurah
Aliff Aziz sebagai Syed Idlan
Adam Lee sebagai Hafidz
Elvina Mohamad sebagai Joanna
Fikhree Bakar sebagai Chef Razi
Jasper Supayah sebagai Kayla
Shukri Tahir sebagai Nedim
Vicha Saywho sebagai Stella
Shah Kimin sebagai Rozhan
Esma Dainal sebagai Dato Talhah
Sabrina Ali sebagai Madam Mona
Zalif Sidek sebagai En Zubir
Ikmal Amry sebagai Nik
Sheila Mambo sebagai Zaiton
Kartina Aziz sebagai Mak Tok

LAGU TEMA / OST 
Haqiem Rusli feat Aman Ra - Jatuh Bangun
Hael Hussaini feat Dayang Nurfaizah - Haram
Daiyan Trisya - Kau Tahu

SINOPSIS SEJUTA RASA BUAT ADELIA
Kerjaya Adelia Naurah sebagai seorang chef di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan, jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak.

Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!

Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi... perempuan separa mat salih ni memang nak kena!

Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yang selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. Antara kerjaya dan cinta, yang mana satu patut didahulukannya?

GAMBAR PELAKON
Sejuta Rasa Buat Adelia

pelakon Sejuta Rasa Buat Adelia
Barisan pelakon drama Sejuta Rasa Buat Adelia